jom baca

Monday, January 30, 2012

FAKTA ATAU AUTA?





1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Sunday, January 29, 2012

SENARAI PANGGILAN HORMAT DAN TATACARA





Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis
yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal,
Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai
pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana
kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis.
Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan
kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu
yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja.
Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi
pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.








Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai
pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat
atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang
larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau
tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam
bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan
para pembaca.


Panggilan Hormat


Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda
penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan
menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betulmengikut protokol dalam sesuatu majlis yang
dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong,
Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti
berikut:


(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan
Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul
Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan
Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan
Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain
ialah:


(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat
Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat
Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang
Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang
Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua
Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang
Berbahagia


Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik
kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai
seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis
yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh
kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain
songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak
boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan
dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah

Saturday, January 28, 2012

CINTA IBARAT MENUNGGU BAS



This is funny but may be true.......

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! 

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

KENANGAN TERINDAH



Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?....hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .
mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member
kite kena gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene la tampal.

ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak-budak  time tu minum susu.
sekotak 30 sen jek beb...

cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin.

time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa..
.





internet? email? Benda alah apa tu?

CD? apa tu? kaset tape pernah la dengar..
Tiket wayang pun 5 ringgit je.

kite pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls
yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.






tapi bunyi loceng la yang paling best sekali. boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekolah tu...

lagi satu loceng masa nak pergi rehat. tinggalkan kerja sekolah, jom kita pergi makan.
budak-budak yg dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola la, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three',
'Police & Sentry', main kejar-kejar duduk...





kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen.  aiskrim POP namanya, ada banyak-banyak color tu. kalau nak makan, kena patahkan kat tengah-tengah dia!



lipat kertas kecil-kecil, pastu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling-baling kapur laa.





hmm...budak-budak sekarang, bagi dia orang, dia orang mana penah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang mereka, yang Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...

bagi mereka, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ada satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak mereka lahir.

CD pun wujud time mereka lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

mereka percaya Spiderman dan Incredible Hulk tu filem-filem baru.

mereka tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.

mereka tak pernah tau pun 'Atari' dan 'Game & Watch'.






mereka tak percaya pernah ada TV hitam putih.... dan mereka sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.

dan mereka tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone...

hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:

1. korang paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum

2. kebanyakan kawan-kawan sekolah menengah kita dah kawin

3. korang sure pelik bila tengok budak-budak kecil main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bila tengok budak-budak sekolah menengah guna handphone

5. kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari

6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita-cerita lama, cerita-cerita
kelakar yang kita alami masa dulu time kecil-kecil, nakal-nakal dulu...

7. last skali, bile dah baca testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dekat member-member lama korang.
Sure diorg suka punya laa...hehehe

ABC KEHIDUPAN



A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali


Friday, January 27, 2012

JANJI CALON BERANI MATI!!!

“Jika saya korupsi, ikhlas ditembak mati!”



Ini janji pilihan raya berani mati. Beliau adalah calom Pemilu (pilihan raya umum) di Payakumbuh, Sumatera Indonesia. Beliau ni kira orang kaya juga, merupakan Pengelola Esa TV Group, yang telah mendirikan Minang TV di Padang, Esa TV di Bengkulu, Riau, BTV Jambi, serta banyak perusahaan lainnya di Sumatera.


Kita sedia maklum, di Indonesia, amalan rasuah adalah perkara biasa. Ada orang pernah bercerita kepada Bahtera Hidup, pelajar-pelajar IPT, kalau mahu lulus cemerlang, perlu beri rasuah. Kalau mahu dapat kerja, perlu rasuah..entah betul atau tidak, Bahtera Hidup tak tahulah.




Agak-agak, calon pilihan raya di Malaysia berani tak buat janji macam ni?

Wednesday, January 25, 2012

MAZHAB KRISTIAN MIRIP ISLAM






Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini.
 Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir 
sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Waktu Maghrib
 telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. 
Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, 
mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban 
solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, 
sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan 
terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya 
serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. 
Tengoklah cara mereka solat.

Bersujud dalam solat



Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, 
mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. 
Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat
 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali 
sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka 
menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha),
 sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), 
sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam
 dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan 
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut 
shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar 
bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Khamis, pada 
kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka 
mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa,
 jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam 
ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab
 ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi 
saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan 
segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan 
apa yang di amalkan oleh nabi Isa as.


Rupa sujud mereka