jom baca

Thursday, February 23, 2012

AHMAD IDHAM DITUDUH HINA ISLAM DALAM DRAMA "APA CELOP"




KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan drama popular, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak mendakwa drama bersiri terbaru arahannya iaitu Apa Celop menghina agama Islam.
Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, Subanallah dan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.
“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.
“Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih,” ujarnya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Ahmad Idham mengulas pendapat sesetengah pihak menerusi beberapa laman sosial yang menuduhnya mempersendakan agama Islam apabila kalimah Allah diungkapkan oleh pelakon yang membawa watak mat rempit dalam drama bersiri tersebut.
Apa Celop menemui penonton TV3 pada setiap Isnin dan telah memulakan siaran pertamanya pada 20 Februari lalu.
Dalam pada itu, Idham berkata, masyarakat sepatutnya melihat perkara itu sebagai kebaikan dan cara membudayakan elemen Islam yang semakin jauh daripada masyarakat terutamanya golongan belia.
Dia sebenarnya sengaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut secara kerap dalam Apa Celop kerana ingin mendidik golongan belia dan kanak-kanak bahawa ada cara sebenar untuk menyatakan sesuatu mengikut ajaran Islam.
“Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim dan sebagainya.
“Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam,” katanya.
Drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.
Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di Kuala Lumpur.
Credit to Mstar Online

Tuesday, February 21, 2012

YANG PELIK DAN UNIK DI JEPUN



Japan is Weird
Malas nak cerita, tengok sajalah..hahahaha








Japan is Weird


Japan is Weird


Japan is Weird


Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird

Japan is Weird
Japan is Weird


Japan is Weird

HAIWAN DAN MOTORSIKAL

Macam mana agaknya bila haiwan tunggang motorsikal? 




















MATA DI SEBALIK NIQAB

Niqab, atau orang kita cakap purdah. Setahu Bahtera Hidup, ia bukan kewajiban tapi lebih baik jika dikenakankan oleh muslimah. Untuk mengelakkan fitnah. Kalau dulu, kita boleh lihat jemaah Al-Arqam mengenakan niqab ni. Kita juga biasa lihat orang-orang Arab memakainya. Malah ketika berihram pun mereka mengenakan niqab. Mazhab mereka membenarkan. Tapi dalam mazhab Imam Syafie melarang muslimah menutup muka ketika berihram. Sekarang ramai juga orang-orang Malaysia yang mengenakannya.

Di bawah ini, Bahtera Hidup kongsikan gambar-gambar wanita Arab yang berniqab. hanya menunjukkan mata mereka yang cantik. Jom layan!!










MUFTI TEGUR LAMBAKAN FILEM HANTU, TAHYUL


KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada Selasa berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranyamenggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya Selasa, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.
"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.
Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.
Beliau turut mencadangkan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.
"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.
Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.
Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.
Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan. - BERNAMA

Monday, February 20, 2012

TERPERANGKAP DALAM KERETA SELAMA 2 BULAN

SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di sebatang jalan di sebuah hutan tidak jauh dari bandar Umea, Sweden.

STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.
Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.
Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.
Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.
Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.
Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.
Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.
Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.
Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.
Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.
“Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya,” katanya.
Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.
“Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.
“Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan,” kata Dr. Branth.
Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.
– Reuters

Thursday, February 16, 2012

RAHSIA UMUR KUCING



Hampir semua orang sukakan kucing. Ia juga merupakan haiwan kesayangan Rasullullah. Salah seorang sahabat baginda iaitu Abd al-Rahman yang begitu sayang dan gemar bermain dengan kucing hingga digelar Abu Hurairah oleh baginda.
Tapi ada keistimewaan dengan umur kucing. Sebenarnya umur kucing lagi cepat berbanding manusia. Jadi jangan terkejut kalau kucing umur dah lebih 5 tahun tu makin perlahan je pergerakan diorang. Maklumlah dah tua. Jom tengok macam mana nak tentukan umur kucing korang.
Umur Kucing
(tahun)
bersamaan dengan umur manusia
(tahun)
115
224
328
432
536
640
744
848
952
1056
1160
1264
1368
1472
1576
1680
1784
1888
1992
2096
Jadi, kalau umur kucing korang dah 20 tahun, sebenarnya umur dia dah 96 tahun. Jangan pulak korang kata dia masih remaja..hehe