jom baca

Wednesday, October 17, 2012

DATO' SITI NURHALIZA DENGAR LAGU BAHTERA HIDUP?



Ia berlaku secara spontan ketika Malam Gala sempena HalFest 2012. Bahtera Hidup menghadiri Malam Gala tersebut selesai menutup booth pada malam itu. Kebetulan pula penyanyi tersohor tanah air yang juga usahanita Dato' Siti Nurhaliza serta suami Dato' Seri Khalid Muhammad Jiwa hadir sama untuk menerima Anugerah Best Packaging yang disampaikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Kebetulan pula, bahtera Hidup bersama delegasi dari Johor bersama-sama memeriahkan Malam Gala tersebut kerana delegasi kami memenangi anugerah Pavilion Terbaik. Jadi oleh kerana tiada siapa yang hendak mengambil gambar pegawai yang mewakili delegasi Johor ketika menerima anugerah tersebut, Bahtera Hidup secara sukarela menawar diri.

Selesai upacara penyampaian anugerah, Bahtera Hidup terus "tangkap" Dato Siti, dengan berkata, "Dato, saya nak beri CD single pertama saya ni"  Walaupun dalam suasana tergesa-gesa, Dato Siti memang sporting..dan sudi menerima single pertama Bahtera Hidup. Sempat juga Bahtera Hidup mengucapkan tahniah kepada beliau.

Harap Dato Siti sudi mendengar single pertama Bahtera hidup. Terima Kasih Dato' Siti Nurhaliza.

P/S: ralat juga tak dapat jumpa Dato K.

Monday, October 8, 2012

RINDU SEPANJANG USIA-SINGLE PERTAMA




Assalamualaikum!

Agak lama Bahtera Hidup tidak update blog ini. terlalu sibuk dengan urusan kerja. maklumlan sejak penjenamaan semula ini, seakan memulakan perniagaan baru. Semuanya nak kena tukar.

Di sini Bahtera Hidup nak kongsikan single pertama Bahtera Hidup. Ianya sekadar berkarya serta untuk halwa telinga sendiri dan rakan-rakan.

Harap anda terhibur dan terima kasih sudi mendengar