jom baca

Thursday, June 30, 2011

10 KELAB BOLA SEPAK TERKAYA

Dua kelab besar Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona 
tercatat sebagai kelab dengan jumlah pendapatan 
tertinggi di dunia. Sementara Manchester United, 
yang terbelit dengan hutang besar, turun ke posisi ketiga.

Berikut senarai dengan jumlah pendapatan tertinggi
berdasarkan laporan Deloitte serta dari sumber Reuters.

http://varolmak.com/realmadrid/real-madrid-2.jpg
1 (posisi tahun sebelumnya: 1) REAL MADRID
Total pendapatan : 401,4 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 101,4 juta euro
Hak siaran : 160,8 juta euro
Komersial: 139,2 juta euro

http://www.fcbarcelona.com/web/downloads/sala_premsa/fotos/FUTBOL_Foto_oficial_temporada_2006-07.jpg
2 (3) FC BARCELONA
Total pendapatan: 365,9 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 95,5 juta euro
Hak siaran: 158,4 juta euro
Komersial: 112,0 juta euro

http://www.solarnavigator.net/sport/sport_images/manchester_united_fc_team_group_photo_2005.jpg
3 (2) MANCHESTER UNITED
Total pendapatan: 327,0 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 127,7 juta euro
Hak siaran: 117,1 juta euro
Komersial: 82,2 juta euro

http://freekicker.files.wordpress.com/2007/07/bayern-munich.jpg
4 (4) BAYERN MUNICH
Total pendapatan: 289,5 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 60,6 juta euro
Hak siaran: 69,6 juta euro
Komersial: 159,3 juta euro
http://xfilexplore.com/wp-content/uploads/2011/03/Arsenal-2011.jpg
5 (6) ARSENAL
Total pendapatan: 263,0 juta poundsterling
Pendapatan dari tiket pertandingan: 117,5 juta euro
Hak siaran: 89,0 juta euro
Komersial: 56,5 juta euro

http://2.bp.blogspot.com/_Rjwd1T_GQxA/TJxuefpeEiI/AAAAAAAAA3E/jPtKFRCuBhQ/s1600/Chelsea+2011+%5Ba-6221%5D.jpg
6 (5) CHELSEA
Total pendapatan: 242,3 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 87,4 juta euro
Hak siaran: 92,9 juta euro
Komersial: 62,0 juta euro

http://myliverpool1892.files.wordpress.com/2011/01/squad_2011.jpg?w=640
7 (8) LIVERPOOL
Total pendapatan: 217,0 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 49,9 juta euro
Hak siaran: 87,6 juta euro
Komersial 79,5 juta euro

Juventus Club Wallpaper
8 (11) JUVENTUS
Total pendapatan: 203,2 juta euro
Pemasukan dari tiket pertandingan: 16,7 juta euro
Hak siaran: 132,2 juta euro
Komersial: 54,3 juta euro

http://usastall.com/wp-content/uploads/2011/03/inter-milan_equipe1.jpg
9 (10) INTER MILAN
Total pendapatan: 196,5 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 28,2 juta euro
Hak siaran: 115,7 juta euro
Komersial: 52,6 juta euro

http://1.bp.blogspot.com/-KsNaEy0EuFg/TXYvFFYIv0I/AAAAAAAAF1A/Q-aqC4kovoY/s1600/Team%2BSquad%2BAC%2BMilan.jpg
10 (7) AC MILAN
Total pendapatan: 196,5 juta euro
Pendapatan dari tiket pertandingan: 33,4 juta euro
Hak siaran: 99,0 juta euro
Komersial: 64,1 juta euro
Surabayacybercity

Monday, June 27, 2011

Wednesday, June 22, 2011

LAPTOP MACAM TYPEWRITER

Baru baru ini kita di kejutkan dengan penutupan syarikat pengeluar typewriter terakhir di dunia yang telah menutup operasinya. Typewriter sukar dipisahkan dalam imej penulisan dimana kita akan terbayang sebuah typewriter dalam ruang kerja seorang penulis novel dan buku.. Typerwriter yang di bawah ini sebenarnya bukanlah typewriter teapi sebuah Laptop moden reakan CreativeDNAaustria ini di ilhamkan dari bentuk typewriter klasik pada sekitar tahun 60an. Laptop ini sengaja direka dengan bentuk yang kelihatan betul2 seperti sebuah typwriter dan didatangkan dengan skrin flexible yang boleh dilaras ketinggiannya 












Tuesday, June 21, 2011

IDENTITI TAMAR JALIS TERBONGKAR



Anda tentu ingat lagi tentang novel misteri SIRI BERCAKAP DENGAN JIN. Bukan setakat novelnya saja yang misteri, malah penulisnya juga misteri. Siapa yang tak kenal dengan Tamar Jalis, namun, identitinya dirahsiakan hampir 30 tahun.
Kosmo! hari ini melaporkan yang identiti Tamar Jalis terbongkar dalam satu majlis anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak semalam. Beliau ialah Mohd Radzi Mahmud yang berusia 73 tahun. Beliau kini menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya dan beliau menyatakan 60% dari SBDJ ialah hasil pengalaman sebenar beliau dengan datuknya yang berasal dari Beruas, Perak.
Beliau berkata beliau merahsiakan identiti kerana menganggap SBDJ adalah satu karya biasa berbanding karyanya yang lain (Pak Radzi terlalu rendah diri, saya kenal ramai penulis berbakat yang banyak dipengaruhi penulisan Pak Radzi).

Thursday, June 16, 2011

KL GANGSTER: BOLEH LAH!!!


Maaf kerana dah beberapa hari tak update blog ni. Saya menghilangkan diri seketika. Tak tahu apa nak di kongsi kali ini, tapi nak cerita sedikit tentang filem yang hangat diperkatakan sekarang, KL GANGSTER

Semalam saya pergi menonton filem berkenaan. Sebenarnya tidak teruja sangat untuk menonton filem berkenaan. Oleh kerana tiada filem yang lain yang ditayang kan pada waktu itu, jadi saya ambil keputusan untuk menonton filem berkenaan.

Pada saya, filem tersebut "boleh tahan la". Untuk sekadar hiburan. Selain itu, ada kelainan dalam filem Melayu. Yalah, asyik filem lawak, seram, cinta...hinggakan ada Melayu-Melayu yang sering berkata, "aku tak suka tengok filem melayu, tak standard...sama saja"

Sejujurnya, saya seorang yang selektif untuk menonton filem di pawagam. Tidak kira filem apa, Inggeris, Melayu, Hindi, Cina, Tamil atau apa filem sekali pun. Saya ada 2 tujuan menonton sebuah fiem di pawagam. Untuk hiburan atau kajian sendiri. Kalau sekadar hiburan, saya hanya menonton tanpa berfikir apa-apa. Kalau untuk kajian sendiri, saya akan meneliti setiap watak, pengarahan, dan pelbagai lagi. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam hal-hal ini, cuma untuk kepuasan diri dan meneliti kelebihan dan kekurangan sesebuah filem.

Dalam KL Gangster, ada pembaharuan. Agak berbeza dari filem-filem atau drama terbitan Skop Production yang lain. Biasanya filem atau drama terbitan Skop terikat dengan skrip. Pelakon melontarkan dialog seolah-olah seperti membaca sebiki-sebiki ayat dalam teks skrip. Tapi ia tidak saja kesan dalam filem ini.

Tapi, apa yang menarik perhatian saya, lakonan Sofi Jikan lebih menonjol dari pelakon-pelakon utama. Penghayatan wataknya begitu baik sekali, dan pada saya, beliau berjaya menenggelamkan watak-watak utama. Saya rasa pihak Skop Production harus memberi peluang beliau mengarah..

Adegan pertarungan, juga boleh tahan. Tak perlulah kita nak bandingkan dengan filem-filem aksi luar. Tapi ada juga beberapa adegan pertarungan yang nampak kaku. Pelakon seolah-olah cuba menghafal gerakan.

Apa pun ia satu percubaan berani Syamsul Yusof dalam menampilkan pembaharuan dalam dunia filem Malaysia. lakonan beliau pun ada peningkatan. jika sebelum ini, saya perhatikan, lakonannya sama saja dalam semua filemnya, tapi ada sedikit peningkatan dalam filem beliau kali ini.

Itu saja lah pendapat peribadi saya tentang filem ini..kepada anda yang belum menonton, kunjungilah pawagam-pawagam berhampiran dan sokonglah filem tempatan..

Saturday, June 11, 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 11





Minggu ini bersiaran dari Kuantan. Setiap peserta mempersembahkan 2 persembahan..layan....




























Friday, June 10, 2011

TINGGAL SOLAT: APA AKAN JADI???





Saudara pembaca yang disayangi. Mari kita renung sama-sama. Mengapa masih ramai antara kita memandang enteng pada solat. Sedangkan jika mereka tahu betapa azabnya balasan meninggalkan satu waktu solat, pasti akan menangis menyesali kehidupan hari semalam.


Saudara, sama-sama kita tanam satu kesedaran yang berpanjangan. Bayangkan kita kini berada di hadapan api neraka. Baru kita nak menyesal tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Dunia dah makin tua. Esok lusa kiamat akan tiba. Sempatkah kita? Renung-renungkan sahabat.


Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.


Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.


Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.


Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.






Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.


Saudaratku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.


###################


Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.


********


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:


Dunia


1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut


1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh


1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat


1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

KISAH PAGI JUMAAT: RASULULLAH DAN PENGEMIS

Rasulullah SAW Dan Seorang Pengemis

 
Gambar hiasan

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya".


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". 

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." 

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.