jom baca

Wednesday, October 17, 2012

DATO' SITI NURHALIZA DENGAR LAGU BAHTERA HIDUP?



Ia berlaku secara spontan ketika Malam Gala sempena HalFest 2012. Bahtera Hidup menghadiri Malam Gala tersebut selesai menutup booth pada malam itu. Kebetulan pula penyanyi tersohor tanah air yang juga usahanita Dato' Siti Nurhaliza serta suami Dato' Seri Khalid Muhammad Jiwa hadir sama untuk menerima Anugerah Best Packaging yang disampaikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Kebetulan pula, bahtera Hidup bersama delegasi dari Johor bersama-sama memeriahkan Malam Gala tersebut kerana delegasi kami memenangi anugerah Pavilion Terbaik. Jadi oleh kerana tiada siapa yang hendak mengambil gambar pegawai yang mewakili delegasi Johor ketika menerima anugerah tersebut, Bahtera Hidup secara sukarela menawar diri.

Selesai upacara penyampaian anugerah, Bahtera Hidup terus "tangkap" Dato Siti, dengan berkata, "Dato, saya nak beri CD single pertama saya ni"  Walaupun dalam suasana tergesa-gesa, Dato Siti memang sporting..dan sudi menerima single pertama Bahtera Hidup. Sempat juga Bahtera Hidup mengucapkan tahniah kepada beliau.

Harap Dato Siti sudi mendengar single pertama Bahtera hidup. Terima Kasih Dato' Siti Nurhaliza.

P/S: ralat juga tak dapat jumpa Dato K.

Monday, October 8, 2012

RINDU SEPANJANG USIA-SINGLE PERTAMA




Assalamualaikum!

Agak lama Bahtera Hidup tidak update blog ini. terlalu sibuk dengan urusan kerja. maklumlan sejak penjenamaan semula ini, seakan memulakan perniagaan baru. Semuanya nak kena tukar.

Di sini Bahtera Hidup nak kongsikan single pertama Bahtera Hidup. Ianya sekadar berkarya serta untuk halwa telinga sendiri dan rakan-rakan.

Harap anda terhibur dan terima kasih sudi mendengar


Monday, May 21, 2012

JACKIE CHAN UMUM PERSARAAN


Mesti ramai yang terkejut dengan tajuk di atas. Tapi itulah hakikat sebenar. Menurut berita yang Bahtera Hidup dapat, bintang kung fu kesayangan Asia ni telah mengumumkan persaraannya untuk melakonkan filem-filem aksi.

Beliau merasakan sudah terlalu tua untuk melakonkan babak aksi, pertarungan dan sebagainya. Maklumlah, umur pun dah menjangkau 58 tahun.

Jackie Chan telah melakonkan 100 filem aksi sepanjang kariernya hinggalah terkenal di Hollywood. Filem terbaru beliau, "Chinese Zodiac" merupakan filem aksi terakhirnya.

"Ini adalah filem terakhir saya, saya bukan muda lagi. Sudah terlalu penat. Dunia kini semakin banyak kekejaman. Menjadi dilema- saya suka berlawan, saya suka aksi. Tapi saya benci kekejaman" Ujarnya.

Tapi anda semua jangan risau, Jackie Chan bukan bersara terus. Beliau hanya bersara dari melakonkan filem aksi. Lepas ini, hanya nak melakonkan watak-watak serius macam Robert De Niro.

Chan cakap lagi " Saya tidak hanya mahu menjadi pelakon aksi sahaja. Saya hendak jadi belakon sebenar. Saya manu penonton tahu, saya bukan sahaja pelakon komedi. Saya boleh berlakon. Lama-kelamaan, saya akan tunjukkan, Jakie Chan sebenar.

Jackie Chan memulakan kariernya sebagai pelakon lagak ngeri atau stuntman dalam filem Bruce Lee, :Fist of Fury" dan "Enter the Dragon" di awal tahun 70an.

Jadi, selepas ini, tak dapat lah kita tonton aksi-aksi beliau dalam filem-filem terbarunya. Adakah anaknya akan menjadi pelapis?

Jackie Chan dan anak bujagnya