jom baca

Saturday, April 30, 2011

Anda Mungkin Makan Ubat Dari Bahan "BABI" Jika Anda Tak Baca Artikel Ini !!

Ada berbagai istilah untuk Babi.

Bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber babi?. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang digunakan untuk perkataan 'babi' pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang dari 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (Jarang digunakan).

8. Sow Milk : Susu babi.

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif".

Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. Sumber

MASIH INGAT LAGI DRAMA JEPUN-OSHIN

Korang mesti pernah tonton drama bersiri Oshin kan! Drama Oshin ni mula bersiaran di NHK pada 4 April 1983 hingga 31 Mac 1984, setahun juga tu.
 Sebanyak 297 episod telah ke udara. kalau tak silap saya, drama Oshin ke udara di TV3 sekitar tahun 1985.

Drama ini telah disiarkan di 59 buah negara dan telah dialihbahasa ke pelbagai bahasa termasuklah bahasa Arab.

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama KazuoWada yang dikenali dengan mendirikan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya. (Kalau anda ingat lagi Yaohan The Mall).

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Saya masih ingat lagi salah satu sence ketika Oshin yang pada ketika itu menjadi pengasuh dan ingin ke sekolah. Akhirnya majikannya membenarkan Oshin ke sekolah. Tapi dia ke sekolah membawa baby...hehehehe.

Kalau tak silap saya, beberapa tahun sebelum ni, tv9 ada menayangkan kembali drama ini.
Nostalgiakan!!!!

MAHARAJA LAWAK MINGGU KELIMA

Maharaja Lawak minggu kelima...jom layan





Friday, April 29, 2011

KENANGAN UMRAH 2

Assalamualaikum!

Saya nak sambung kembali kisah saya mengerjakan umrah. Maaf lah kerana lambat sambung cerita tu. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Ok! Kita sambung kisah umrah.

Rombongan kami tiba di Mekah jam 11 malam. hati saya berdebar-debar saat pertama kali nampak Masjidil Haram. tapi bas yang kami naiki tu, terus ke hotel terlebih dahulu. Selesai check-in di hotel, kami semua berjalan menuju ke masjidil Haram. Mulut ini tak henti-henti bertalbiah..

Setiap jemaah disunatkan untuk masuk ke Masjidil Haram melalui Babussalam. tapi kami tak dapat melalui pintu tersebut. jadi masuk melalui Pintu 45 saja. Saat melangkah dalam masjid, hati saya tak henti-henti berdebar. Apabila terpandang Kaabah, hati saya rasa sayu. Sunggh=uh bersyukur kerana diizankan Allah untuk sampai ke kiblat umat Islam ketika bersolat.

Kami memulakan tawaf umrah. Alhamdulillah jemaah tidak ramai. Boleh bertawaf dalam keadaan selesa. Selesai tawaf, mengerjakan solat sunat tawaf. Tiba-tiba rasa nak terkencing pula. Mutawwif kata tandas jauh diluar, tapi kalau boleh tahan, tahan dulu. saya pun kata ok. sempat juga bergambar di dalam masjid..

Ketika pusingan ke 5 saie, saya dah tak boleh tahan lagi, saya katakan pada mutawwif, dia kata pergilah, tapi nanti habiskan 2 pusingan san tunggu di Marwah. saya apa lagi. pecut lah ke tandas..hahaha
Saya pun sambung kembali Saie pusingan ke 6. Alhamdulillah, sampai di Safa, saya dapat sertai kembali jemaah saya tadi. kami selesai Umrah jam 2 pagi. dalam perjalanan balik ke Hotel saya dah niat nak botakkan kepala..tiba di kedai gunting, Haji Mazlan terus cakap pada Pakistan tu, Botak!!!
Saya duduk, rambut saya disyampu dan tukang gunting tu terus mengeluarkan pisau. Tak sampai 5minit, kepala saya licin....
Tiba di Hotel, perut dah lapar, kain ihram tak tukar lagi, makan dulu..Nasi Bukhari..bedal!!!
diam tak diam jam dah 330 pagi. Haji Mazlan kata, jangan tidur! Lepas mandi kita ke masjid. saya ok je..

Subuh pertama saya di Masjidil Haram sungguh bermakna. Haji Mazlan bawa saya bersolat di Multazam. antara tempat yang mustajab doa kita. Selesai solat, dia bawa saya menyelit dikalangan orang ramai untuk tengok Maqam Ibrahim. Kemudian terus ke Kaabah, menyentuh kelambu kaabah dan menciumnya..wangi!!! telah disapu dengan minyak attar

Hari pertama di Mekah, tiada program apa-apa. Acara bebas. jadi saya hanya berjalan-jalan sekitar hotel, tempah membeli belah pun boleh tahan juga banyaknya. Belilah serba sedikit untuk orang-orang Malaysia.


antara tempat beli-belah


Hari kedua, kami di bawa ke Tan'im untuk berniat Umrah. ini merupakan umrah kedua. Dan kali ini umrah dilakukan sendirian tanpa pimpinan mutawwif. Tawaf ditengah-tengah terik mentari memang mengji saya. tapi itu bukanlah menjadi halangan. selesai tahallul, saya dan rakan jemaah Bahrain, pulang ke hotel. selepas mandi, rehat seketika.

Saya terfikir, kerja saya di tanah suci ni seperti hanya untuk ibadah. yalah, selesai solat atau umrah, balik hotel, akan tidur seketika. Bangun dari tidur, bersiap, dan terus ke Masjid. Begitulah rutin harian di Tanah Suci..

Alhamdulillah, hampir setiap waktu saya dapat bersolat di belakang Multazam. Untung juga jadi orang comel ni. senang menyelit disamping orang-orang Arab mahupun Iran. hahahaha.

Sebelah malam balik dari Masjid, Hj Mazlan ajak makan Kebab Istanbul, betul-betul di hadapan htel penginapan kami. Harga boleh tahan juga.bila hidangan sampai, mak aih..banyaknya..sampai muak kami makan berdua.


Hari ketiga, kami dibawa melawat sekitar tempat-tempat sejarah di Mekah. Dibawa ke Padang Arafah, Gua Tsur (tapi tengok dari bawah sajalah)




Selesai ziarah, kami dibawa ke Ja'ranah, salah satu tanah halal untuk berniat Umrah. kedudukan Ja'aranah 22km dari Mekah. sekali llagi Bahrain mengikuti saya untuk mengerjakan umrah. bagus juga, ada teman.
Jika di lihat pada waktu, mungkin tak sempat untuk selesaikan umrah sebelum waktu Zohor. jadi kami ambil keputusan untuk selesaikan tawaf dan kemudian tunggu waktu zohor.
Tapi Alhamdulillah, kami selesai saie 5minit sebelum zohor. selepas tahallul, azan pun berkumandang. Kami solat di Marwah saja.
Jabal Rahmah

Alhamdulillah, saya banyak menghabiskan masa di masjid.Di tanah suci ni, kita seolah-olah menjadi lebih disiplin. Yalah, jika di Malaysia atau di mana-mana, azan berkumandang pun buat bodoh je. Lengah-lengahkan solat.

Tapi di Mekah ni, 1jam sebelum masuk waktu, dah berada di Masjid. Habis waktu solat pun, tidak terus balik ke hotel, malah duduk berehat di masjid dulu. Lagipun, selepas solat, setiap orang berpusu-pusu nak keluar dari masjid. Jadi baik saya duduk di Masjid dulu.

Kadang-kadang sampai tertidur di masjid. Walaupun ramai jemaah, tapi tetap rasa tenang. Dapat lihat gelagat jemaah dari Turki, Iran, Indonesia Afrika dan negara-negara.
Melalui pemerhatian saya, jemaah dari Turki paling ramai. Mengikut maklumat yang saya terima,  kerajaan Turki membiayai kos jemaah mereka mengerjakan umrah. MasyaAllah, hebatnya.
Terfikir saya seketika, ketika zaman pemerintahan Kamal Artartuk, rakyat Turki tdiharamkan mengerjakan Haji dan Umrah. Mungkin juga ini adalah balasan kerajaan Turki kepada rakyatnya.
antara jemaah Turki
saya rasa setakat ini dulu saya kongsi pengalaman ketika tiba di Mekah. InsyaAllah saya akan sambung lagi pada post yang akan datang.

bersambung.......

HANYA DI JEPUN

Hanya Di Jepun

Terlebih kreatif?
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

JOM TENGOK BEG-BEG SHOPPING YANG MENARIK!!

Jom layan gambar-gambar beg membeli-belah (secara umumnya) yang serius menarik kat bawah ni. Kalau korang bawak jenjalan, mesti akan ada orang yang akan tengok beg yang anda bawak tu.
GAMBAR-GAMBAR MENARIK

GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
+ Pic credit to boredpanda.com

Thursday, April 28, 2011

TOLONG...KAT BLOG AKU ADA BURUNG TERBANG!!!!

Kat dalam belog aku ada burung weh. Tak caya? Tengok bawah beb ;




Apa burung neh buat dalam belog aku weh? Aku agak suspen neh. Siyes. Bila aku scroll atas bawah dia follow aku der. Aku dah cuak dah. Gila apa burung leh terbang plak dalam belog? Tengok bawah der. Aku sempat tangkap aksi dia terbang2 neh ;




Arh sudah. Apa dosa aku pada burung biru neh der? Takan plak belog aku jadi rumah dia pula. Aku pun buat2 lah tanya dia. Manalah tahu kot2 dia leh cakap kan. Dah dia leh terbang. Tue yang minda aku dok fikir jangan2 burung neh leh cakap. Saja aku test. Memang dia bercakap der. Gila. Nak pengsan aku. Tapi tak pengsan. Aku sempat gak captured adegan tue der. Tengok bawah ;




Hehehe.. dia soh aku tweet or follow dia lah der.. burung twitter rupanya. Buat saspen aku je lah burung neh. Hehehe..


Korang nak tahu cara-cara nak masukkan burung neh dalam belog korang? Mudah je. Ikut step neh ;


Untuk blogspot


1. Login blogger - masuk dashboard - pilih design - add gadget - cari html / javascript - paste code bawah neh ;




  • <script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/exeloph/file/Twitterbang.js"></script><br /><br /> <script type="text/javascript"> var birdSprite="http://4.bp.blogspot.com/_9B1yqig9iAg/TVKEXsnAUMI/AAAAAAAAAII/o7TYnYBuC6k/s1600/birdsprite.png"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "http://twitter.com/armbahtera";var tweetThisText = "Twitter - http://twitter.com/armbahtera http://akubahtera.blogspot.com/";tripleflapInit();</script>


Yang kaler biru tue korang kena ;


- Masukkan id twitter sendiri ya. 


- Url blog korang.


2. Then save. Lepas tue try tengok belog korang ada tak keluar benda alah tue. Kalau keluar bagus. Kalau tak keluar mungkin masalah internet. Kalau tak jadi pelik gak sebab aku buat sekali terus jadi.


Untuk wordpress


1. Login wordpress - dashboard - pergi ke tab widget - pilih text - paste code tadi.


2. klik save.


3. then view. Tengok burung tue keluar tak.


Jangan lupa ganti username dan url belog masing2 sebelum klik save.


Benda neh aku amek kat sini. Kredit untuk dia lah. Aku cuma tulis balik je menandakan tutorial neh memang menjadi.



PERKARA YANG DAPAT MEMUSNAHKAN KARIER ANDA

Perkara Yang Dapat Memusnahkan Karier Anda – Bagaimana Anda Berfikir?
Banyak pekerja yang mendambakan mendapatkan kerjaya tertinggi di perusahaan ditempat mereka bekerja. Namun banyak juga dari mereka yang masih memiliki pandangan atau melakukan hal-hal yang menghambat kareer. Berikut tulisan entri mengenai Kesalahan-Kesalahan yang Menghambat Kerjaya – Bagaimana anda Berfikir?
stress

1. Membuat keajaiban
Keajaiban adalah suatu hal yang menyenangkan, namun dalam dunia kerja, jangan menghitung sebuah keajaiban sebagai faktor dalam penentuan target pekerjaan anda. Buat target yang realistik secara harian ataupun mingguan. Hukum Parkinson “Pekerjaan bertambah menyesuaikan waktu yang ada”

2. Mengambil tanggung jawab penuh
Jangan mencari apa yang sudah ada, belajarlah mendelegasikan. Ingat anda bukan manusia super yang mampu menyelesaikan apapun.

3. Mengikuti arahan dengan patuh
Menjadi pekerja yang patuh itu seringkali disukai oleh atasan, namun jika anda terlalu patuh, anda hanya akan dijadikan alat bagi kareer orang lain atau atasan anda. Bersikaplah patuh, namun tetap harus melihat kepentingan dan kredit dari instruksi yang diberikan kepada anda. Kreatiflah!

4. Membatasi peluang anda
Kalau anda membatasi hidup anda dalam lingkungan yang diatur oleh orang lain, anda tidak akan pernah mampu mengenali potensi besar yang anda miliki – apalagi orang lain. Hindari kecenderungan mengabaikan pilihan – pilihan yang tidak konvensional. Sebelum menjatuhkan pilihan arah, perhitungkan baik – baik seluruh pilihan anda

5. Mengabaikan timbal balik (Quid Pro Quo)
Jangan meremehkan nilai barter dari hal-hal seperti, secara verbal memberikan dukungan kepada seseorang dalam rapat, menjadi pendengar yang baik atau memberikan informasi yang dapat dipercaya.

6. Bolos Rapat
Rapat adalah sebuah sarana untuk melihat dan dilihat, bertemu dan menyapa, atau saling memeragakan dan menceritakan, jadi selalu usahakan datang saat ada rapat di perusahaan anda.

7. Menempatkan pekerjaan diatas kehidupan pribadi anda
Segala sesuatu ada batasnya, termasuk pekerjaan. Jadi jangan anda berfikir bahwa pekerjaan lebih penting daripada kehidupan peribadi anda. Seimbangkanlah kedua hal tersebut.

8. Membiarkan orang lain membuang waktu anda
Diajak bergosip dengan rakan kerja saat berada di ruang kerja memang menyenangkan, namun hal itu jelas sangat menggangu produktiviti anda. Bezakan antara orang yang perlu berbicara dan ingin berbicara, jangan korbankan waktu anda hanya untuk hal-hal remeh.

9. Meninggalkan kerjaya sebelum mencapai sasaran
Daripada sama sekali meninggalkan kerjaya ketika hidup menuntut sebuah perubahan, siasatilah dengan rencana hidup berstrategi yang memungkinkan anda tetap berjalan berdampingan dengan perkembangan bidang anda.

10. Mengabaikan pentingnya jaringan
Sehebat apapun kemampuan yang anda miliki, tanpa memiliki salasilah dan hubungan yang mampan, anda hanya akan menjadi pekerja biasa, dalam dataran operasional, bukan level pengurusan.

11. Menolak penghargaan
Terima segala bentuk pujian dan penghargaan dari perusahaan jika anda merasa layak untuk mendapatkannya.

12. Berprasangka buruk
Berprasangka buruk di tempat kerja membuat anda terus – menerus digiring ke posisi penuh keraguan terhadap diri sendiri, atau lebih buruk lagi, tidak berani mengambil risiko kerana takut akan ada masalah yang menghantui diri anda. Hal itu boleh juga mencegah anda melakukan sesuatu. Singkirkan cerita negatif dan gantikan dengan yang neutral. Serta berfokuslah pada solusi permasalahan, bukan pada permasalahannya sendiri.
Ayuh teman-teman sekalian silakan ke anjung utama Jobberies.com melihat peluang penghijrahan kerjaya seterusnya.

BANDAR GUA YANG SANGAT MENAKJUBKAN

GAMBAR-GAMBAR MENARIK
Bandar gua yang diberi nama ‘The cave city of Vardzia’ ini terletak di Georgia dimana ianya adalah biara gua yang digali ke sisi gunung Erusheli di Georgia selatan berhampiran Aspindza di tepi kiri Sungai Mtkvari. Ianya dibina oleh Ratu Tamar pada 1185. Lebih lanjut, boleh rujuk kat wikipedia ni.
Sekarang meh layan gambar-gambar bandar gua yang sangat menakjubkan ini.
GAMBAR-GAMBAR MENARIK

GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
Memang sangat menakjubkan!