jom baca

Wednesday, April 27, 2011

KUCHING....HARI KEDUA

Assalamualaikum!

Maaf kerana agak lambat sambung kisah hari kedua saya di Kuching..maklumlah, balik dari Kuching Isnin lepas, ada temujanji sebelah petang. malamnya keletihan. Semalam (selasa) menghadiri Majlis Perasmian Hari Harta Intelek dan Seminar Harta Intelek. hari ini baru ada kelapangan untuk sambung cerita...

Hari kedua, selesai solat subuh, hujan membasahi bumi Kuching...kami baru nak keluar sarapan. Hujan lebat, jadi kami naik semula ke bilik. kak Dayang janji datang ambil jam 8 lebih. lebih kurang jam 8 pagi, hujan mula reda...kami pun keluar dan bersarapan...hampir jam 9 baru kak dayang sampai.

Perjalanan ke Sarikin, mengambil masa 1jam. jalannya sudah cantik, sudah di tar. menurut abang Jamil, dulu jalannya batu kerikil..lagi lambat sampai..

Tiba di Sarikin, mulalah misi Hashim untuk mencari apa yang dihajatinya....macam-macam benda yang boleh didapati di sini. dari pakaian, beg, kraftangan, ubat tradisional dan macam-macam lagi. Pasar ni beroperasi pada hujung minggu saja dan kebanyakan peniaga dari kalimantan, maklumlah, Sarikin ni berhampiran sempadan kalimantan.

saya singgah di satu gerai menjual kraf. terpandang 1 alat muzik gamelan mini. Saron Baron. lepas gian la memalu alat tu. Tanya harga, dan tawar menawar..RM55..beli jelah..hahahah

hashim pula berusaha mencari kayu tas..Alhamdulillah...sampai hajat dia. dia juga dapat membeli tanduk Kijang emas dan tongkat kayu berlian.

kat sini pun boleh dapat gitar dan alat-alat muzik yang lain
seperti yang saya maklumkan di atas, macam-macam benda dijual di sini. Yang menarik perhatian saya, gitar pun dijual disini..harga agak berpatutan. boleh dikatakan murah juga lah.. saya pun belilah sebiki..tapi gitar mini saja..hahhaha

Setelah 2jam ronda-ronda, kami pun bergerak pulang ke Kuching. Abang Jamil belanja makan di sebuah Restoren. saya lupa di mana, tapi apa yang menariknya, restoren ni berkonsep buffet. 1 pinggan rm4.50..tak kisah lah nak ambil berapa banyak lauk pun, tapi dalam 1 pinggan saja lah..saya ambil ikan, ayam, sayur dan Umai...salah satu makanan tradisi Sawarak..isi udang yang diperap bersama limau..sedap..makanan kat sini pun memang sedap. dapat juga lah 1 idea bisnes...hahahah

selesai makan, kami terus ke kedai kak Dayang untuk packing barang-barang yang dibeli tadi. sambil tu nak beli kek lapis sarawak. Selesai packong barang, kak Dayang hantar kami balik ke hotel..

tiba di hotel, baru lah rasa penat. berehat sekejap. hashim dan Along dah berdengkur..saya layan XX-Ray 2....hahahaaha

jam 6 petang, saya ajak hashim dan along keluar makan. kebetulan kawan saya Azu ada sms saya ajak makan. jadi kami makan di kg Boyan, seberang sungai..

sebelum tu, bergambar dulu di tuju Kuching ditengah-tengah bandar Kuching ni..siapa yang tak bergambar di tugu ni, kira macam tak sampai Kuching lagi lah..hahahaha

kami pun naik penambang ke seberang untuk makan malam...saya pesan nasi ayam penyet..sambil tu berbual-bual dengan azu..

dia ajak saya keluar malam tu, tapi saya keberatan..kerana kepenatan..

selesai makan, saya bawa Hashim dan Along ronda-ronda sekitar waterfront..yalah, malam terakhir kami di Kuching. Tengok suasana malam di waterfront...tengok orang memancing udang..

dalam meronda-ronda tu, saya terlihat seorang pakcik ni..sedang duduk seorang diri..saya macam kenal. saya cuba merapati pakcik tu, memang sah saya kenal...saya panggil "Ayah Su!"

pakcik tu menoleh, " Woi! apa kau buat kat sini?"..memang sah lah Ayah Su saya..hahahahahah
dia pun datang melancong bersama keluarga dan ipar duainya..duduk lah sekejap berbual-bual..
saya pun minta diri untuk balik ke hotel. kawan-kawan nampak keletihan..

saya agak pelik, saya nak jumpa orang kuching tak dapat, tapi jumpa orang semenanjung di kuching..hahaha
tiba di hotel, memang berehat cukup-cukup sambil menonton tv. saya tunggu juga Azu call, dia ada call tapi hanya maklumkan sekadar nak bergambar di tuju kucing saja, jadi saya pun batalkan hasrat nak keluar..

esok saya nak nak balik ke jb, so malam ni kami nak tidur awal. segala misi dah selesai, segala apa yang dihajati dah diperolehi...

setakat ini saja lah kisah saya dan rakan-rakan di Kuching. memang agak singkat masa di sana, tapi ini bukanlah kali terakhir kami datang...kami akan kembali lagi.

buat kak Dayang dan abang Jamil, terima kasih banyak-banyak kerana sudi melayan kehadiran kami dan mohon maaf sekiranya menyusahkan kalian. kepada rakan saya Cikgu Marina, maaf kerana tak dapat bertemu. InsyaAllah nanti kita akn bertemu juga..

sekian..

No comments: