Korang mesti pernah tonton drama bersiri Oshin kan! Drama Oshin ni mula bersiaran di NHK pada 4 April 1983 hingga 31 Mac 1984, setahun juga tu.
Sebanyak 297 episod telah ke udara. kalau tak silap saya, drama Oshin ke udara di TV3 sekitar tahun 1985.
Drama ini telah disiarkan di 59 buah negara dan telah dialihbahasa ke pelbagai bahasa termasuklah bahasa Arab.
Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama KazuoWada yang dikenali dengan mendirikan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya. (Kalau anda ingat lagi Yaohan The Mall).
Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.
Saya masih ingat lagi salah satu sence ketika Oshin yang pada ketika itu menjadi pengasuh dan ingin ke sekolah. Akhirnya majikannya membenarkan Oshin ke sekolah. Tapi dia ke sekolah membawa baby...hehehehe.
Kalau tak silap saya, beberapa tahun sebelum ni, tv9 ada menayangkan kembali drama ini.
Nostalgiakan!!!!
No comments:
Post a Comment