jom baca

Thursday, April 28, 2011

REUNION OH REUNION

Hari ini saya nak cerita tentang reunion. Dengan adanya laman sosial sperti Facebook atau pun Twitter, selain kita dapat kawan-kawan baru, kita juga akan menemui teman-teman lama. Memang seronoklah kalau dapat bertemu kembali.

Ada yang hampir 20 tahun tak bertemu, 10 tahun, dan sebagainya. Kebanyakannya teman-teman dari sekolah rendah, menengah dan juga ketika menuntut di IPT.

Kalau dah jumpa di laman sosial, pasti tercetus idea untuk bertemu semula atau reunion. Maka akan mula brbincang dalam laman sosial, ada yang beri cadangan untuk adakan reunion. Semua ahli akan teruja untuk buat reunion.

Tapi, tak semua nak jadi 'ahlijawatankuasa' program. Mereka hanya akan kata, "aku sibuk, tak boleh lah nak jadi jawatankuasa". Ada juga yang kata, "aku tak kisah nak buat bila, aku on je..."

Bila jawatankuasa progtam telah tetapkan tarikh dan tempat, pasti akan ada alasan,

1. Tarikh tu tak boleh, ada hal
2. jauhnya tempat tu
3. Mahalnya kena bayar
4. Alah, apasal tak bagi tau awal-awal!

Demikianlah antara alasan-alasan mereka. Alasan mereka bukan tak mahu menghadiri majlis reunion tu, tapi mahu tarikh tang sesuai dengan mereka dan tidak menyusahkan mereka. Sebagai jawatankuasa program, mereka telah buat perancangan lebih awal lagi, dan telah memaklumkan kepada ahli 2bulan lebih awal. jadi, ahli bolehlah buat perancangan. Mungkin juga jawatankuasa program boleh pinda majlis tersebut.

Pendapat saya, ahli-ahli yang sering beri alasan seperti di atas,kalau boleh mereka nak buat majlis tu di depan rumah mereka. tapi tak mahu libatkan rumah mereka. mereka juiga nak ikut masa mereka.

Bayangkan, kalau ada 50 orang ahli, pasti akan ada 50 tempat dan 50 masa...
betul tak!!! hahhahahahaha

Tapi tak semua ahli sebegini, ada juga yang beri kerjasama dan ttak banyak alasan. tapi hampir 85% ahli adak banyak songeh...hahahaha

Maaflah kalau posting ini membuat anda sakit hati, tapi inilah hakikatnya...bila kita sudah berkeluarga, bekerjaya, agak sukar untuk kita bertemu dan membuangkan masa kita untuk rakan-rakan lama. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, kos sara hidup yang makin tinggi, kita perlu berjimat cermat. Reunion ni hanya kehendak saja, tak penting pun. kalau kau nak pergi, pergi lah, aku tak datang pun tak apa...itulah dalam mentaliti mereka..

sekian

No comments: