Masa berlalu semakin pantas dalam abad ini dan sudah tentu ia akan lebih laju lagi pada masa mendatang. Mungkin anda pernah mendengar tentang di antara tanda-tanda hampir kiamat adalah apabila masa setahun menjadi sebulan, sebulan menjadi seminggu, seminggu menjadi sehari dan seterusnya. Nampaknya ia memang telah benar-benar berlaku.
Seperti biasa masa berlalu, barang yang lama akan pergi digantikan dengan barang yang baru. Tak ada satu bendapun yang dapat bertahan lama mengharungi masa. Mari kita lihat sebentar sebahagian dari senarai barangan yang sedang pupus ditelan zaman. Moga ada faedahnya buat renungan.
1. Tape VCR dan juga VHS yang telah digantikan dengan VCD. VCD di perkenalkan di Amerika pada tahun 1997 dan bermula pada tahun 2000 ia mula menjadi pilihan pengguna dan menjalar ke seluruh dunia dengan amat pantas.
2. Agen Pelancongan. Selain daripada jabatan kerajaan dan juga korporat, agen pelancongan sebenarnya tidak diperlukan lagi oleh orang ramai untuk melancong. Ledakan tempahan melalui internet yang menyediakan berbagai kemudahan dari pembelian tiket, tempahan hotel, maklumat tempat lawatan dan sebagainya menyebabkan ia lebih cekap dan murah daripada menggunakan agen pelancongan.
3. Pudarnya batasan di antara waktu kerja dan waktu peribadi. Telefon bimbit, perhubungan yang tak pernah putus di mana sahaja kita berada menyebabkan pejabat bukanlah merupakan satu perkara yang penting lagi. Perhubungan sentiasa ada melalui smartphone dan seumpamanya. Kita berkemungkinan menuju ke arah bekerja tak henti sampai mati.
4. Kedai Buku mungkin tak akan dapat bertahan lebih lama. Kebanyakan syarikat yang tinggal sekarang hanyalah syarikat-syarikat gergasi yang besar. Itupun mereka telah mula berlaih arah dengan sistem penjualan buku melalui internet. Amazon dan lain-lain portal seumpamanya telah mengambil alih fungsi kedai-kedai buku kepada orang ramai.
5. Jam tangan mungkin hanya menjadi satu alat perhiasan atau petanda aras kemewahan golongan-golonga elite sahaja sekaran ini. Bagi mereka yang hanya memerlukan maklumat waktu, jam tangan telah digantikan dengan alat komunikasi, laptop dan lain-lain.
6. Peta mungkin akan menjadi bahan sejarah tidak lama lagi digantikan oleh sistem GPS. Seorang yang memiliki GPS datang ke Kuala Lumpur pertama kali akan dengan mudah mencari tempat yang hendak ditujunya berbanding dengan menggunakan peta kertas seperti dulu. Malu bertanya sesat perjalanan satu hari nanti bakal menjadi satu ayat asing bagi orang ramai.
7. Sutuju atau tidak, kita kini lebih kerap menghantar sms daripada mendail kawan dan bercakap melalui telephone. Komunikasi melalui sms atau lain-lain bentuk pesanan teks sedang menggantikan perbualan telefon dengan amat pantas sekali.
ada lagi....nanti sambung...
No comments:
Post a Comment