jom baca

Wednesday, July 6, 2011

GST AKAN DITERUSKAN???


Cukai barangan dan perkhidmatan mungkin akan dikenakan jika kita berbelanja nanti.  Cukai dikenakan dalam 5-6% dari harga produk atau servis. jadi belanja kita makin meningkat lah. dalam mengharungi kenaikan barangan dan servis lain, kita  akan ditambah lagi dengan GSt ini..bayangkan lah kalau anda nak top up prepaid pun kene GST..
dibawah ni berita yang saya petik dari hmetro.com.my

jom baca.....


GST diteruskan
Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetap diteruskan dalam jangka masa tertentu selepas mengambil kira pandangan semua pihak terutama rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, tidak ada jangka masa ditetapkan untuk pelaksanaan GST, namun ia tetap dilakukan mengambil kira manfaat diterima negara, terutama dari sudut mengurangkan pembaziran.


“Pada masa sekarang, tumpuan adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat kerana kerajaan mahu pandangan serta sokongan orang ramai. “Jika kerajaan mahu melaksanakannya sekarang pun, ia mengambil masa sehingga 18 bulan sebelum benar-benar dikuatkuasakan kerana pelbagai pertukaran perlu dilakukan, umpamanya sistem peruncitan,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) di Kuala Lumpur, semalam.

SRI yang diumumkan itu merangkumi Kewangan Awam, Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan, Pembangunan Modal Insan, Penyampaian Perkhidmatan Awam, Standard Antarabangsa dan Liberalisasi (ISL) serta Merapatkan Jurang Ketaksamaan (Perniagaan Sederhana dan Kecil Bumiputera).


Idris yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, masih terdapat ramai yang tidak faham mengenai kepentingan GST terhadap negara dan beranggapan ia membebankan, terutama kepada rakyat yang berpendapatan rendah serta sederhana.


“Kita bukan menghapuskan subsidi, sebaliknya meminimumkan pembaziran, umpamanya dalam bidang pendidikan, kita kenakan yuran yang tinggi kepada pelajar luar negara sebagai pengurangan subsidi, tetapi tidak kepada pelajar tempatan.

“Kita akan tetap teruskan pemberian subsidi sama ada dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian kerana matlamatnya ialah mengurangkan pembaziran,” katanya. Sementara itu, menyentuh mengenai SRI bagi Penyampaian Perkhidmatan Awam, Idris berkata, projek perintis menerusi inisiatif itu ialah bermula Isnin ini apabila orang ramai boleh mengukur perkhidmatan diberikan anggota polis di 92 balai polis di Selangor menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


“Orang ramai yang datang membuat laporan boleh menilai anggota polis yang melayan mereka dengan menghantar SMS,” katanya.




No comments: