jom baca

Sunday, August 21, 2011

JOM BELAJAR: DIPLOMA EKSEKUTIF PERUBATAN HOMEOPATI UTHM





Kali ini nak cerita sikit tentang pendidikan. Anda tentu pernah dengar tentang Perubatan Homeopati. Perubatan ini sebenarnya telah lama berkembang di Malaysia. Namun ianya baharu sahaja diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia setelah sekian lama dianaktirikan. Namun ia tidak mematahkan semangat pengamal-pengamal perubatan ini untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.


Perubatan Homeopati bukanlah perubatan tradisional. Ia telah bermula semenjak 200  tahun lampau hasil usaha seorang doktor berbangsa Jerman, Samuel Hahnemann atau nama sebenarnya Christian Friedrich Samuel. Beliau dilahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755.
Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan. Dua tahun kemudian beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of medicine pada 10 Ogos 1779.Pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar dan tidak bertamadun serta kurang berkesan. Ini menimbulkan kemarahan oleh pihak yang berada dalam profesion tersebut. Dalam pada itu, sistem perubatan baru yang dikenali sebagai 'homeopati' mula berputik. Pada tahun 1799, satu tragedi telah melanda di Leipzig iaitu wabak demam scarlet. Beliau dengan penuh yakin memberikan penawar iaitu Belladona dan ternyata ianya berkesan. 
Di akhir hayatnya Homeopathy sudah begitu terkenal di Eropah, khususnya di Jerman dan di France.


Homeopati terus berkembang ke England dan seterusnya ke Amerika Syarikat dimana ia mulai di popularkan oleh anak murid  Hahneman sendiri ia itu Dr. Hering dan selepasnya Dr. JT Kent.  Homepati kemudian berkembang subur di benua India dimana  hingga kini pengamal Homeopati yang paling hebat adalah yang dari India.

Homeopathy di perkenalkan di Malaysia di tahun 60’an oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy.  Saya yakin dengan memahami cara rawatan homeopathy sendiri , ramai pesakit dan bakal perawat akan dapat memahami dengan lebih jelas perjalanan penyakit serta akan belajar mengenali diri dan keluargnya sebab Homeopati menuntut supaya setiap individu yang ingin dirawat diteliti dan difaham jiwanya luar dalam.

Kini, homeopati telah berkembang pesat di Malaysia setelah Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengiktiraf sepenuhnya cabang perubatan ini. CYBERJAYA University College of Medical Science (CUCMS) menawarkan kemasukan ke program Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy Disember ini. Homeopati adalah kursus sarjana muda pertama yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari.

Namun kursus tersebut adalah untuk pelajar sepenuh masa. Bagaimana pula untuk sesiapa yang berminat dan tidak mempunyai masa untuk mengikuti kursus secara sepenuh masa?



Sebuah Pusat Perubatan Homeopati iaitu FARMINA BIO PLUS INDUSTRIES & CONSULTANTS SDN.BHD dengan kerjasama UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA akan menawarkan kursus DIPLOMA EKSEKUTIF TEKNOUSAHAWAN HOMEOPATI. Boleh baca di sini

Kursus ini akan bermula sekitar Oktober ini. Kuliah akan diadakan setiap hujung minggu sahaja selama 12-14 bulan. Pelajar akan didedahkan dengan perubatan homeopati dan keusahawanan sekali gus. Program ini juga mendapat kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), di mana setelah bergraduat, pelajar akan ditawarkan pinjaman modal untuk memulakan perniagaan perubatan homeopati (hal ini bolehlah anda menghubungi pihak FARMINA untuk maklumat lanjut).

Antara syarat-syarat kemasukan adalah:

  • mempunyai sekurang-kurangnya SPM (6kredit) atau Diploma/Ijazah dalam apa jua bidang.
  • pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun
Kuliah akan diadakan di Pusat Perubatan Homeopati Farmina dan di UTHM. Setelah tamat kursus ini, anda boleh menjadi perawat dan jika berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah, boleh melanjutkan pengajian ke CUCMS

Dr (H) Hajjah Farminah Hassan. Pengarah Urusan Farmina Bioplus


Jika anda berminat untuk mendalami perubatan ini atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus ini, boleh hubungi FARMINA BIOPLUS atau hubungi Dr. (H) Hajjah Farminah Hassan.

No11 & 11A, Susur Jalan Kluang/Pt Raja, 
86400 Pt Raja, Batu Pahat, Johor. 
Tel: 60-7-4532910 
HP : 6019-7765570
Fax: 60-74542159 
http://www.farminabioplus.com.my





No comments: