jom baca

Friday, August 5, 2011

JOM MAKAN OTAK-OTAK


Sempena Ramadhan ni tentu ramai yang akan ke pasar Ramadhan. banyak rakan-rakan FB, pagi-pagi lagi dah update status mereka apa juadah yang mereka nak beli di pasar Ramadhan. Tapi percaya atau tidak, dah hampir seminggu kita berpuasa, saya masih belum menjejakkan kaki ke mana-mana pasar ramadhan. Saya rasa tahun ni tak mahu ke pasar Ramadhan.

Okaylah, tak mahu melalut sangat. kali ni nak cerita sikit tentang salah satu makanan yang popular iaitu OTAK-OTAK. Tapi saya bukan nak cerita tentang sejarah otak-otak ni. Cuma nak berkongsi kisah yang terjadi sekitar tahun 2006.

Kalau di Johor, otak-otak memang popular. mudah didapati di mana-mana. Jangan terkejut kalau kita makan di mana-mana restoren, tiba-tiba ada orang akan letak otak-otak di meja kita tanpa dipesan. Mereka memang akan letak, tapi terpulang pada kita sama ada nak makan atau tak. Kalau kita tak sentuh, beberapa minit nanti, mereka akan ambil balik.

Kisah yang saya nak kongsikan ni berlaku di KL. Waktu itu ada karniva di Angkasapuri sempena 60 tahun RTM. Ketika sedang berjalan-jalan mengunjungi gerai-gerai bersama rakan saya, rakan saya ternampak gerai menjual otak-otak. Lantas dia pun bertanya pada budak yang menjual otak-otak tersebut, "otak-otak mana ni, dik?" Budak tu terpinga-pinga dan terus masuk dan bertanya kepada seorang lelaki, mungkin taukeynya kot.

Rakan saya macam malas nak tunggu, dia pun beredar. Tapi saya masih tetap menanti apa jawapan yang akan diberikan. Dalam kepala saya dah ada jawapannya. kemudian budak tadi kembali dan memberi jawapan dengan penuh keyakinan, " Otak-otak Gelang Patah!". Saya menganggukkan kepala dan terus beredar. Kemudian rakan saya bertanya pada saya apa jawapan budak tadi.  Saya jawap otak-otak Gelang Patah. Dia tanya betul ke? Saya jawap, tipu! Otak-otak Gelang Patah tah lama tak ada. Dah tak wujud lagi. Kira nampak sangat la penjual tadi tak tahu mana asalnya otak-otak yang dia jual atau pun dia buat sendiri dan menggunakan nama produk yang dah tak wujud lagi.

Sebenarnya itu bukanlah kisah pertama yang saya lalui. Sebelum ini pun banyak tempat yang saya pergi, kalau jumpa otak-otak, itulah jawapan penjual otak-otak. Kebiasaannya di KL la.

Untuk makluman pembaca, otak-otak Gelang Patah memang popular sekitar tahun 90an. Tapi syarikat tu dah tutup. Tapi tak tahulah kalau mereka ada keluarkan produk itu lagi dan guna jenama lain.

Kini, ada 2 jenama otak-otak yang mengambil alih kegemilangan otak-otak di Johor iaitu otak-otak Kempas dan otak-otak JB.


So, kalau anda jumpa orang jual otak-otak, cuba tanya otak-otak mana yang mereka jual. Kalau mereka kata Gelang Patah, anda fahamlah.

Okay, sekian dulu untuk kali ini. Selamat Berpuasa.

No comments: