jom baca

Wednesday, August 17, 2011

NUZUL AL-QURAN: LANCARKAH KITA MEMBACA AL-QURAN?



Hari ini 17 Ramadhan, Nuzul Quran.Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.



Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Itu serba sedikit tentang sejarah Nuzul Quran. Tapi saya nak sentuh sedikit sejauh mana kita menghayati mukjizat Rasulullah itu. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca sahaja, tetapi untul difahami dan diamalkan.

Waktu kecil, ibubapa kita menhantar kita ke kelas mengaji. Seolah-olah ia menjadi perkara yang wajib untuk setiap keluarga Islam. Seawal umur 5 tahun, kita akan dihantar ke kelas tersebut. Antara matlamat adalah untuk khatam Al-Quran selewat-lewatnya umur 12 tahun. 

Tapi apa yang menyedihkan, setelah khatam pada usia 12 tahun itu, ada antara kita sudah tidak membaca Al-Quran lagi. Kalau ada pun sekadar membaca beberapa surah seperti surah Yaasin setiap malam Jumaat.



Ketika hendak bernikah, akan ada hantaran berupa senaskhah Al-Quran, tapi ia sekadar perhiasan sahaja. 

Bagaimanakan kelancaran kira membaca Al-Quran? ada yang lancar, ada juga yang merangkak, ada yang kenal huruf. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita tidak buta Al-Quran. Tapi ada juga sesetengah orang langsung tidak boleh membaca Al-Quran. Ada beberapa pengakuan daripada kawan-kawan saya mengatakan mereka tidak tahu mengaji. Namun mereka ingin belajar mengaji.

Ada juga yang boleh membaca Al-Quran, tetapi, tajwidnya entah ke mana. Semuanya main belasah saja. Tapi percayalah, berapa pun usia anda, masih belum terlewat untuk anda belajar mengaji. Ada kelas-kelas pengajian Al-Quran untuk orang dewasa. Anda boleh pergi ke mana-mana masjid dan bertanya tentang kelas tersebut. Usah malu atau ego untuk menuntut ilmu. 


PUSAT ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS

Untuk anda di sekitar Lembah Kelang, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Jalan Semarak ada mengadakan kelas Pengajian Al-Quran. Ia dijalankan setiap hujung minggu dan ada beberapa sessi, anda boleh pilih waktu mengikut kelapangan anda. Sijil penyertaan diberikan, bilik kuliah berhawa dingin.

Anda boleh tengok di sini atau datang terus ke UTM IC Jalan Semarak. Tenaga pengajarnya berpengalaman dan pernah berguru dengan johan Tilawah Al-Quran. Terdapat kelas Tarannum, Tajwid dan Tahfiz. Ia terbuka kepada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Ada yang datang sejauh Kuala Kubu Bharu untuk menghadiri kelas tersebut.

Jadi, apa lagi, mulakan langkah anda sekarang.


2 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas peringatan.. :') menusuk kalbu.. mohon share ya saudara :)

bahtera hidup said...

dipersilakan