jom baca

Wednesday, August 24, 2011

TAK MAMPU BELI JUMPER CABEL??


Aidilfitri makin menjengah. Ramai dah bersiap nak pulang ke kampung. Ada yang pulang dengan kenderaan awam mahu pun kenderaan sendiri. Jika guna kenderaan sendiri, sudah tentunya akan servis kenderaan mereka dahulu. Mahu pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Tak mahulah apabila jalan-jalan berhari raya, dengan baju yang cantik, tapi kereta tersadai di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

Berbalik pada tajuk entri kali ini, tentu anda pernah menghadapi situasi di mana seseorang datang kepada anda bertanya tentang jumper cabel. Mereka mengatakan enjin kereta mereka tidak boleh dihidupkan. Kita pula, menjawab, "alamak, tak adalah!" orang itu pun berlalu dan berusaha bertanya kepada orang lain.

Dewasa ini, ramai orang berkemampuan membeli kereta. Kebanyakan mereka membeli kereta automatik. Ianya lebih mudah dipandu ketika terperangkap dalam kesesakan. Kepala lutut tak sakit. Hanya tekan padel minyak, kereta pun jalan. Kita juga sedia maklum, harga kereta auto lebih mahal daripada kereta manual.

Tapi kita sering lihat, atau dapati, orang yang bertanya kita tentang jumper cabel, sudah pastinya datang dari pemilik kereta automatik. Tak mampukah kita untuk membeli jumper cabel? 

Kita mampu beli telefon bimbit i-phone, blackberry. Mampu beli LED tv yang berharga ribuan ringgit. Kita mampu mengubahsuai kereta kita, Membeli sistem audio yang hebat. Tapi tak mampu nak beli jumper cabel yang purata berharga RM50. mungkin ianya bukan keperluan, malah bukan kehendak sekali pun. Ianya ibarat panadol atau minyak angin. Jika dah sakit, barulah sibuk nak cari. 

Saya rasa, setiap kereta tidak kira auto atau manual, WAJIB ADA jumper cabel ini. Bukan apa, ia memudahkan kita jika bateri kereta kita kong! Tak perlulah nak bertanya pada orang lain ada jumper cabel atau tidak. Selain itu, kita boleh membantu orang lain yang TAK MAMPU nak beli jumper cabel yang sungguh MAHAL itu.


Jadi sediakanlah jumper cabel di dalam kereta anda. Belilah hari ini!!!

No comments: