jom baca

Friday, September 30, 2011

HALFEST (HALAL FESTIVAL) 2011: MADU YUBALAM


Dah lama rasanya bahtera hidup tak kemas kini blog ini. Agak sibuk sedikit. Minggu lalu ke Alor Setar menghadiri kursus membina laman web untuk bisnes anjuran KKLW dan SIRIM

OK, berbalik kepada tajuk di atas, Bahtera Hidup akan sertai program Halfest 2011 yang akan berlangsung di PWTC. Dah lama juga Bahtera Hidup tak sertai program promosi seperti ini di Lembah Kelang. Kali terakhir ketika di MAHA 2010 lepas. Hampir 10 bulan.

Tapi kali ini Bahtera Hidup ikut serta di bawah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (UPEN). Maksudnya syarikat Bahtera Hidup iaitu Bahtera Yubalam, akan duduk di Pavilion UPEN JOHOR lah. Ini kali pertama Bahtera Yubalam ikut UPEN. kalau ikutkan tarikh program tu 12-16 Oktober, memang tak boleh nak "target sale". Tapi kerana ini jemputan dari UPEN, ikut sahajalah. Manalah tahu dengan komitmen Bahtera Hidup, akan datang dapat ikut serta lagi pada program-program yang lain.

Jadi, Pavilion Johor tu nanti akan berada di Hall 3 PWTC. berhampiran pintu utama. Pengunjung akan nampak Pavilion Johor ini dulu. Nanti bolehlah anda singgah ke Booth Bahtera Yubalam.

Produk Madu Yubalam keluaran Bahtera Yubalam
Halfest ini merupakan kesinambungan MIHAS 2011 lepas. Pihak penganjur telah menganjurkan program ini khusus untuk usahawan tempatan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka. Jadi sesiapa yang ingin   mencari peluang perniagaan atau idea perniagaan baru, bolehlah kunjingi Halfest 2011 nanti.

Jangan Lupa singgah ke booth Bahtera Yubalam nanti pada HALFEST 2011.

No comments: