jom baca

Tuesday, October 18, 2011

PENAT TAPI BERBALOI

Lama juga bahtera hidup tak update blog ni. terlalu sibuk dengan Halfest 2011. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Ingatkan tengah-tengah bulan begini kurang sambutan. Mungkin juga kerana promosi yang berterusan oleh penganjur.

Memang keletihan menyelubungi bahtera hidup. Walaupun program berlangsung dari 10pagi hingga 7malam, tapi bahtera hidup tak menghabiskan masa dengan rakan-rakan di sana. Maklumlah, menumpang rumah seorang rakan di sana. Apabila dia ajak ke mana-mana, kena ikutlah. Kalau duduk di rumah saja, bosan juga.

Sebelum balik ke JB, banyak juga perkara yang perlu diselesaikan di KL. Sebaik saja tiba di JB, banyak pesanan-pesanan perlu dihantar. Memang tak ada masa berehat nampaknya. Kalau diikutkan banyak program-program lain, tapi terpaksa ditolak.

Apa yang utama, Halfest 2011, adalah berjaya. Tahniah kepada penganjur, walaupun ada beberapa kepincangan hinggakan kami naik angin juga.

Kepada pengunjung dan pelanggan yang singgah ke booth bahtera hidup, terima kasih diucapkan. InsyaAllah berjumpa lagi di Halfest 2012.

No comments: