jom baca

Monday, November 28, 2011

JOM BELI SECARA ONLINE-KLIK AJE






Minggu lepas Bahtera Hidup menghadiri kursus Membina Laman Web Bisnes (Lanjutan) di Kuala Terengganu. Kursus ini kesinambungan daripada kursus asas di Alaor Setar pada September lalu. Ia anjuran Kementerian Luar Bandar & Wilayah serta SIRIM Berhad.

Untuk Kursus lanjutan ini, peserta akan membina laman web perniagaan yang mana pelanggan boleh terus memesan produk yang mereka ingin beli terus di laman web berkenaan. Sama seperti lelong.my ataupun ebay.com. Ia dibangunkan oleh SIRIM. Kami peserta dan usahawan ni, hanya memasukkan maklumat produk. Tapi bukannya mudah nak buat laman web ini. Maklumlah, peserta bukanlah dikalangan orang-orang yang masih IT. Ada juga peserta-yang 'veteran'. Tekan 'enter' pun tak tau. Tapi hasil tunjuk ajar penceramah atau kami gelar mereka cikgu, dapat menghasilkan laman web yang menarik. Sekali pandang macam profesional yang membina laman web tersebut.

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah memberi tunjuk ajar sejak kursus asas lagi iaitu Puan Nurul Hawani, Puan Rahayu dan YM Raja Zurina.

Kepada anda, kalau nak beli produk-produk keluaran syarikat bahtera hidup iaitu Bahtera Yubalam, bolehlah  ke laman web www.myiks.com/yubalam. Kalau tak beli pun tak apa, hanya cukup sekadar jalan-jalan ke web itu.

Jom Singgah!!!!

No comments: