jom baca

Thursday, December 22, 2011

7 PAHALA YANG DINIKMATI SELEPAS MATI


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya 

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.   

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.  



5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.   

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya  

7. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.I Luv Islam

Monday, December 19, 2011

FAKTA UNIK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN


1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada waktu malam berbanding lelaki.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) waktu mengandung bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

4. Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6. Perempuan kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu bilik yang lebih hangat.

7. Lelaki lebih suka bercakap secara terus terang sesuai tujuannya, sementara percakapan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logik ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8. Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9. Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10. Kemampuan indra lelaki untuk merasa rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.

11. Lebih dari dua kali ganda perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12. Pada saat usia tua perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13. Berselisih dengan perempuan pada tempat orang ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Perempuan cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada

14. Kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur, manakala perempuan hanya 22%.

15. Lelaki lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan warna biru.

16. Perempuan rata-rata menghabiskan masa di toilet selama 153 saat berbanding, lelaki 113 saat.

17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding dengan lelaki yang bercakap adalah gagap.

18. Penyelidikan di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali ganda untuk berbelanja berbanding lelaki.

19. Perempuan secara umum lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20. Penyelidikan yang dilakukan di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi/diperdaya daripada anak perempuan.

Friday, December 16, 2011

LAGI BEG-BEG SHOPPING YANG MENARIK

Dulu Bahtera Hidup pernah post tentang beg membeli-belah yang unik. Kali ini, Bahtera Hidup nak kongsi lagi koleksi beg-beg berkenaan











 Agak-agak, ada tak beg-beg  macam ni di Malaysia?

Thursday, December 15, 2011

AWEK SPIDER-MAN???


Tahun depan akan keluar filem terbaru adiwira lelaki labah-labah, Spider-Man. Tapi, sebelum filem tu keluar panggung, jom kita layan awek-awek yang macam Spider-Man ni. Yang pastinya, mereka ni tak akan ada dalam filem tu nanti..










BEZA 20 TAHUN!!!

Zaman berubah, teknologi berubah, manusia juga berubah...jom tengok!


berubah atau bertukar? hahahaha

Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU: JANGAN LUPA BAWA TISU!


Kali ini Bahtera Hidup (BH) nak kongsi tentang filem yang ditunggu-tunggu ramai pembaca novel tersebut terutama kaum Hawa. BH telah menontonnya, seperti kebiasaannya, ramai penonton Hawa yang memenuhi pawagam.

BH menyedari kahadiran filem ini, tapi pada mulanya tak berapa ambil kisah, namun setelah menyedari innya arahan Osman Ali, BH agak tertarik untuk menonton filem tersebut. Jika penonton lain teruja untuk menonton kerana telah membaca novelnya, atau kerana pelakon-pelakon yang membintangi filem tersebut, BH menonton kerana pengarahnya. BH pernah menonton filem arahan Osman Ali yang terdahulu seperti Anak Halal dan Cun,

BH bukanlah seorang pengkaji atau pengkritik filem. Tapi jika BH menonton sesebuah filem di pawagam, ada 2 sebab. Pertama sekadar untuk hiburan, kedua sememangnya untuk "meneliti" filem tersebut. Walaupun BH sudah meninggalkan dunia seni teater hampir 9 tahun, tapi jiwa seni itu masih utuh dalam jiwa.

Filem Ombak Rindu membariskan bintang-bintang yang hebat seperti Aaron Aziz (sememangnya menjadi kegilaan penonton Hawa masakini), Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, Maya Karin, Lisa Surihani, Azizah Mahzan, Zaidi Omar dan Normah Damanhuri.


Filem ini begitu menyentuh perasaan dan emosi sesiapa yang menontonnya. Hinggakan BH sendiri tersentuh. Tanpa disedari mata mula berkaca. Mungkin BH sendiri sedang dalam emosi (dah setahun alami perasaan ini).
Lakonan Maya Karin begitu berkesan dan berjaya membuatkan penonton tersentuh. BH dapati, penonton di sekeliling BH semuanya mengesat air mata.


Sememangnya watak Nurul Izzah begitu menguji Maya Karin. Penonton akan perpenona nengan keayuan Nurul Izzah. Osman Ali telah membuat pilihan tepat dengan mengambil Maya Karin untuk watak berkenaan. Tak hairanlah dalam satu portal hiburan, Maya Karin mengatakan watak Nurul Izzah beri tekanan pada beliau. Tak dapat BH bayangkan bagaimana ketika pengambaran, Maya karin perlu mengambil "mood" untuk menjayakan watak berkenaan. Pelbagai emosi ditunjukkan beliau. Sedih, gembira, pilu bisa membuatkan penonton sayu dan simpati dengan Nurul Izzah. Jika watak Nur Amina dalam Nur Kasih The Movie juga bermain dengan emosi, tapi pada BH, watak Nurul Izzah lebih hebat lagi. Tak mustahil jika BH nyatakan Aktress Terbaik FFM ke 25 nanti, Maya Karin akan memberikan saingan yang hebat.


Watak hero Aaron Aziz juga tidak mengecewakan. Sama seperti Nurul izzah, watak Haris juga bermain dengan emosi. Perwatakan garang pada awal filem berubah menjadi penyayang. Azizah mahzan membawa watak Dato Sufiah, ibu Haris juga hebat. Tiba-tiba BH teringat dengan Seniwati Azean Irdawaty. Mungkin jika beliau sihat, watak ini sesuai dibawa oleh beliau. 






Lokasi pengambaran juga tak kurang menarik. Tapi serasa BH, lokasi kampung Nurul Izzah sama seperti lokasi kampung Atan dalam filem Cun. Selain itu lokasi rumah Haris dan Nurul Izzah, juga cantik. Rumah kampung yang moden. Tapi rumah orang-orang kaya lah. Hinggakan ada suara dalam pawagan yang kedengaran, "Cantiknya rumah dia!"


Tapi, ada sedikit kemusykilan ketika BH menonton filem ini. Ketika babak Nurul Izzah berseorangan di rumahnya sambil menonton TV, kesedihan yang ditonjolkan seolah-olah terlalu awal. Ketika itu Nurul Izzah menonton rancangan temubual bersama Mila (Lisa Surihani). Belum pun wartawan menyebut nama Haris bin Abdullah, Nurul Izzah sudah menangis. Persoalannya, adakah dia sudah tahu hubungan suaminya dengan Mila atau proses dubbing yang agak lewat. dalam bahasa orang filem "tak konti". 


Selain itu ada beberapa pertukaran babak yang agak pantas. Dialog masih lagi diucapkan, tapi babak itu telah digelapkan dan bertukar ke babak lain. Babak suami isteri (ranjang) juga bisa bikin panas siapa yang penontonnya. BH nak katakan keterlaluan, tak juga, nak kata tak keterlaluan pun tak juga. Tapi agak tak sesuai rasanya untuk tontonan kanak-kanak.




Keseluruhan filem ini memuaskan dan dapat menyenruh emosi lelaki sejati BH. Tahniah kepada Osman Ali atas karya terbaharu beliau. Sebuah garapan yang baik. Maya Karin juga hebat. 


Jadi, apa lagi! pergilah menonton filem Ombak Rindu di pawagam. yang paling penting, BAWA TISU!!!!!