jom baca

Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU: JANGAN LUPA BAWA TISU!


Kali ini Bahtera Hidup (BH) nak kongsi tentang filem yang ditunggu-tunggu ramai pembaca novel tersebut terutama kaum Hawa. BH telah menontonnya, seperti kebiasaannya, ramai penonton Hawa yang memenuhi pawagam.

BH menyedari kahadiran filem ini, tapi pada mulanya tak berapa ambil kisah, namun setelah menyedari innya arahan Osman Ali, BH agak tertarik untuk menonton filem tersebut. Jika penonton lain teruja untuk menonton kerana telah membaca novelnya, atau kerana pelakon-pelakon yang membintangi filem tersebut, BH menonton kerana pengarahnya. BH pernah menonton filem arahan Osman Ali yang terdahulu seperti Anak Halal dan Cun,

BH bukanlah seorang pengkaji atau pengkritik filem. Tapi jika BH menonton sesebuah filem di pawagam, ada 2 sebab. Pertama sekadar untuk hiburan, kedua sememangnya untuk "meneliti" filem tersebut. Walaupun BH sudah meninggalkan dunia seni teater hampir 9 tahun, tapi jiwa seni itu masih utuh dalam jiwa.

Filem Ombak Rindu membariskan bintang-bintang yang hebat seperti Aaron Aziz (sememangnya menjadi kegilaan penonton Hawa masakini), Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, Maya Karin, Lisa Surihani, Azizah Mahzan, Zaidi Omar dan Normah Damanhuri.


Filem ini begitu menyentuh perasaan dan emosi sesiapa yang menontonnya. Hinggakan BH sendiri tersentuh. Tanpa disedari mata mula berkaca. Mungkin BH sendiri sedang dalam emosi (dah setahun alami perasaan ini).
Lakonan Maya Karin begitu berkesan dan berjaya membuatkan penonton tersentuh. BH dapati, penonton di sekeliling BH semuanya mengesat air mata.


Sememangnya watak Nurul Izzah begitu menguji Maya Karin. Penonton akan perpenona nengan keayuan Nurul Izzah. Osman Ali telah membuat pilihan tepat dengan mengambil Maya Karin untuk watak berkenaan. Tak hairanlah dalam satu portal hiburan, Maya Karin mengatakan watak Nurul Izzah beri tekanan pada beliau. Tak dapat BH bayangkan bagaimana ketika pengambaran, Maya karin perlu mengambil "mood" untuk menjayakan watak berkenaan. Pelbagai emosi ditunjukkan beliau. Sedih, gembira, pilu bisa membuatkan penonton sayu dan simpati dengan Nurul Izzah. Jika watak Nur Amina dalam Nur Kasih The Movie juga bermain dengan emosi, tapi pada BH, watak Nurul Izzah lebih hebat lagi. Tak mustahil jika BH nyatakan Aktress Terbaik FFM ke 25 nanti, Maya Karin akan memberikan saingan yang hebat.


Watak hero Aaron Aziz juga tidak mengecewakan. Sama seperti Nurul izzah, watak Haris juga bermain dengan emosi. Perwatakan garang pada awal filem berubah menjadi penyayang. Azizah mahzan membawa watak Dato Sufiah, ibu Haris juga hebat. Tiba-tiba BH teringat dengan Seniwati Azean Irdawaty. Mungkin jika beliau sihat, watak ini sesuai dibawa oleh beliau. 






Lokasi pengambaran juga tak kurang menarik. Tapi serasa BH, lokasi kampung Nurul Izzah sama seperti lokasi kampung Atan dalam filem Cun. Selain itu lokasi rumah Haris dan Nurul Izzah, juga cantik. Rumah kampung yang moden. Tapi rumah orang-orang kaya lah. Hinggakan ada suara dalam pawagan yang kedengaran, "Cantiknya rumah dia!"


Tapi, ada sedikit kemusykilan ketika BH menonton filem ini. Ketika babak Nurul Izzah berseorangan di rumahnya sambil menonton TV, kesedihan yang ditonjolkan seolah-olah terlalu awal. Ketika itu Nurul Izzah menonton rancangan temubual bersama Mila (Lisa Surihani). Belum pun wartawan menyebut nama Haris bin Abdullah, Nurul Izzah sudah menangis. Persoalannya, adakah dia sudah tahu hubungan suaminya dengan Mila atau proses dubbing yang agak lewat. dalam bahasa orang filem "tak konti". 


Selain itu ada beberapa pertukaran babak yang agak pantas. Dialog masih lagi diucapkan, tapi babak itu telah digelapkan dan bertukar ke babak lain. Babak suami isteri (ranjang) juga bisa bikin panas siapa yang penontonnya. BH nak katakan keterlaluan, tak juga, nak kata tak keterlaluan pun tak juga. Tapi agak tak sesuai rasanya untuk tontonan kanak-kanak.




Keseluruhan filem ini memuaskan dan dapat menyenruh emosi lelaki sejati BH. Tahniah kepada Osman Ali atas karya terbaharu beliau. Sebuah garapan yang baik. Maya Karin juga hebat. 


Jadi, apa lagi! pergilah menonton filem Ombak Rindu di pawagam. yang paling penting, BAWA TISU!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

yea, saya dah benyak kali baca novel tu. Massih teringat dgn jelas babak yg awak ceritakan tu. Tak sabar nk p tengok!

from balkis