jom baca

Monday, January 2, 2012

JOM PERGI UMRAH 2!!!

Lama Bahtera Hidup tak kemaskini blog ni. Agak sibuk sikit. Minggu lepas 5 hari demam. 2 kali ke klinik. Untuk posting kali ini, Bahtera Hidup nak promosi sikit tentang pakej Umrah untuk tahun 2012 ni. Dulu  Bahtera Hidup ada cerita tentang kisah dan tips nak ke Tanah Suci.

Ok, untuk pakej Umrah 2012 ni, akan bermula sekitar bulan Februari. Dijangka pada 21 Feb. Namun ia bergantung pada Kerajaan Arab Saudi. Jika pihak Kedutaan telah mengeluarkan visa, InsyaAllah visa-visa umrah seterusnya akan mudah.

Mengikut perancangan pihak pengurusan Umrah, pakej pertama akan berangkat pada 21 Februari 2012 hingga 6 Mac 2012. Penerbangan berlepas melalui KLIA dengan menaiki Kuwait Airline. Akan transit di Kuwait. Istimewanya, pihak syarikat telah menawarkan harga promosi untuk pakej awal musim Umrah ini iaitu RM 4350 sahaja.

Untuk pakej tahun 2012 ini, Jemaah akan berada 3 hari di Madinah berbanding 2 hari sebelum ini. Selain itu, jika kita dapat menyertai pakej awal musim Umrah ni, kemungkinan dapat merasakan musim sejuk di sana dan jemaah Umrah masih belum ramai.

Jadi kurang sesak jika nak melakukan ibadah umrah dan ibadah-ibadah lain. Ini pengalaman Bahtera Hidup tahun lepas. Bahtera Hidup dapat bersolat di Multazam (antara tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidilharam, iaitu antara hajar aswad dan pintu kaabah) hampir setiap waktu.

Mengapa Bahtera Hidup katakan Tanah Suci agak lengang waktu itu? Ini kerana Bahtera Hidup dapat rasakan sendiri ketika waktu mula-mula tiba dan waktu hendak pulang.

Hari terawal di Mekah


Hari terakhir di Mekah

Di Madinah, Jemaah akan menginap di Hotel Wasel Rem atau setaraf, manakala di Mekah, di Hotel Dar Hamzah atau setaraf. Itu untuk pakej Safawi (pakej termurah)

Ada 3 standard pakej yang ditawarkan, iaitu Safawi, Ambar dan Ajuwa. Beza setiap pakej adalah jenis hotel. Biasanya pakej Ajuwa, jemaah akan menginap di hotel yang hampir dengan Masjid seperti Hilton Tower. Hotel tersebut memang hampir, 100 meter sahaja. Tapi pakejnya agak mahal sedikit. 

Di bawah ini, Bahtera Hidup senaraikan jadual pakej Umrah
 Tarikh     berangkat/tiba          tempoh          Harga (RM)        Flight/transit
   21Feb     KLIA/ Jeddah       14h/11m        4350(Promosi)          Kuwait
   22 Feb   Spore/Jeddah         13h/11m        5450                       SIA/ direct
  10 Mac    KLIA/Jeddah        15h/13m       6650 (2mlm cairo)    Egypt
  11Mac     KLIA/Jeddah        12h/10m       6670(cuti sekolah)   MAS/direct
  14Apr      KLIA/Jeddah        14h/12m       6530                        MAS/direct
   20Apr     KLIA/Jeddah         13h/11m       4700                       Pakistan


Ada lagi jadual yang Bahtera Hidup tak masukkan. Untuk maklumat lanjut boleh email Bahtera Hidup.
Harga pakej termasuk:

  • tiket penerbangan
  • Hotel
  • visa & mutawwif
  • pengangkutan di Tanah Suci
  • Insuran Kelompok
  • Air Zam-zam (5liter untuk Safawi) (10 liter untuk Ambar & Ajuwa)
  • Makan 3x sehari (masakan melayu)
Jemaah juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah dan Mekah seperti
Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Ladang Tamar, Muzdalifah, Mina, Arafah, Muzium Sejarah Mekah, Hudaibiyah
Jabal Rahmah

Masjid Quba


Kilang Percetakan Al-Quran, dapat Al-quran percuma



Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Pasport Antarabangsa yang masih sah laku sekurang-kurangnya 6bulan
  • 4 keping gambar warna 4x6cm (latar belakang putih), wajah difokus 80% dari saiz gambar (untuk visa)
  • buku suntikan meningitis ACYW 135
Dokumen-dokumen ini perlu diserahkan sebulan sebelum takikh berangkat. Deposit RM500.

Kalau Anda nak buat grup sendiri pun boleh. Bahtera Hidup Boleh uruskan. Tapi mestilah 20 orang dalam 1 kumpulan. Jika kurang dari jumlah itu bukan tak boleh, tapi mungkin akan dimasukkan bersama kumpulan lain.

Oklah, kalau ada apa-apa kemusykilan, boleh email bahtera hidup. tinggalkan no telefon, bahtera hidup akan terus telefon.

Selamat beribadah

No comments: