jom baca

Sunday, February 5, 2012

KIDAH JARI KELINGKING SEORANG RAJA


Alkisah di sebuah kerajaan bernama Ntahdimanantah, seorang raja memiliki kegemaran berburu. Suatu hari, dengan ditemani penasihat dan pengawal-pengawalnya, raja pergi berburu ke hutan. Oleh kerana kurang hati-hati dan memang dah ditakdirkan, jari kelingking raja terkena pisau yang sangat tajam sehingga jari kelingkingnya putus..

Raja bersedih dan meminta pendapat dari penasihatnya.

Oleh kerana tidak tahu apa lagi yang mesti di cakapkan untuk menghibur raja, akhirnya penasihat berkata “Tuanku, apapun yang terjadi patut kita rasa bersyukur..”


Mendengar ucapan penasihatnya sang raja berasa amat marah , “Kurang ajar! Beta terkena musibah
bukan nak menyedapkan hati beta tapi disuruhnya bersyukur!” dan si penasihat pun dimasukkan ke penjara.

Hari terus berganti, meski telah kehilangan jari kelingking, raja tidak juga menghentikan
kegemarannya berburu. Suatu hari raja bersama penasihatnya yang baru dan rombongan berburu
ke hutan yang jauh dari istana.

Tidak disangka semasa berada di tengah-tengah hutan raja dan penasihatnya tersesat dan terpisah
dari rombongan.

Tiba-tiba mereka ditangkap oleh orang asli primitif dan di arak untuk dijadikan persembahan kepada dewa mereka. Bermakna raja dan penasihatnya akan dibunuh.

Sebelum di jadikan persembahan, raja dan penasihatnya dimandikan dahulu. Sampai giliran raja barulah mereka tahu bahawa salah satu jari kelingkingnya cacat. Raja itupun di anggap tidak layak untuk dijadikan persembahan, akhirnya raja di bebaskan begitu saja oleh suku primitif itu.

Manakala penasihatnya terus dijadikan persembahan kepada kononnya dewa mereka.

Setelah bersusah payah, akhirnya raja berhasil keluar dari hutan dan kembali ke istana. Raja terus memerintahkan supaya penasihat yang dulu di jatuhkan hukuman penjara segera di bebaskan.

“Penasihatku, aku berterima kasih kepadamu, Nasihatmu dahulu memang benar”. Apapun yang terjadi
kita patut bersyukur.Kerana jari kelingkingku yang terpotong waktu itu, aku boleh pulang dengan selamat”. Kemudian raja menceritakan kisah pemburuannya waktu itu.

Setelah mendengar cerita sang raja, tiba-tiba penasihat tunduk hormat sambil berkata, “Terima kasih baginda, saya juga bersyukur kerana Allah menetapkan hati tuanku memenjarakan saya sebelum ini, kerana jika tidak mungkin sekarang ini, sayalah yang menjadi korban dan di persembahkan kepada dewa suku primitif itu”.

Moral:
1. Apa pun malang yang menimpa kita, kita seharusnya tetap bersyukur.
2. Tak perlu pasang penasihat, kerana kita bukan raja

No comments: