jom baca
Friday, March 23, 2012
FADHILAT DI SEBALIK RUKUN SOLAT
Lama juga Bahtera Hidup tak kemas kini blog ini. Agak sibuk dengan kerja. Jadual hampir penuh hingga Mei. Sekarang ini sedang sibuk untuk program di Kuching, di samping nak kemas premis untuk mohon HALAL.
Tapi Bahtera Hidup akan cuba juga kemas kini blog ini. Sempena penghulu segala hari ini, Bahtera Hidup nak kongsi tentang Fadhilat di Sebalik Rukun Solat,
Jom kita baca
1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Solat adalah perkara wajib bagi setiap umat Islam. Jadi Bahtera Hidup harap, saudara semsama Islam semua agar memelihara solatnya, InsyaAllah
Saturday, March 10, 2012
SENANGNYA: 16 PETUA AWET MUDA
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Saturday, March 3, 2012
RUMAH DARI TONG SAMPAH.
Seorang lelaki, Gregory Kloehn dari Berkeley U.S. telah mengubah sebuah tong sampah menjadi sebuah rumah. Kreatifkan!! Rumah tersebut lengkap dengan tandas, dapur, BBQ, tangki air dan bekalan elektrik. Tapi rumah tersebut masih belum lengkap sepenuhnya kerana beliau nak pasang TV dan kusyen sikit.
Bahtera Hidup teruja juga tengok rumah ni. memang kreatif mamat ni, Tapi ini bukanlah projek pertama beliau. beliau pernah mengubah suai kontena menjadi pejabat, rumah dan sebagainya. Jom kita tengok sikit rumah yang direka beliau
Jom kita tengok pula temuramah beliau..
Friday, March 2, 2012
10 SIFAT PERIBADI MUSLIM
1. SALIMUL AQIDAH: Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
2. SHAHIHUL IBADAH: Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.
3. MATINUL KHULUQ: Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).
4. QOWIYUL JISMI: Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah dari Allah SWT.
5. MUTSAQOFUL FIKRI: Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.
6. QODIRUN 'ALAL KASBI: Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
7. MUJAHIDUN LINAFSIHI: Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimakan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga memberi kesan baik pada dirinya ataupun orang lain.
8. HARITSUN 'ALA WAQTIHI: Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang mensia-siakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sesaatpun. kerana waktu yang kita gunakan sepanjang hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.
9. MUNAZHOM FII SU'UNIHI: Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.
10. NAAFI'UN LI GHAIRIHI: Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan
Subscribe to:
Posts (Atom)