jom baca

Friday, March 23, 2012

FADHILAT DI SEBALIK RUKUN SOLAT



Lama juga Bahtera Hidup tak kemas kini blog ini. Agak sibuk dengan kerja. Jadual hampir penuh hingga Mei. Sekarang ini sedang sibuk untuk program di Kuching, di samping nak kemas premis untuk mohon HALAL.

Tapi Bahtera Hidup akan cuba juga kemas kini blog ini. Sempena penghulu segala hari ini, Bahtera Hidup nak kongsi tentang Fadhilat di Sebalik Rukun Solat,

Jom kita baca

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Solat adalah perkara wajib bagi setiap umat Islam. Jadi Bahtera Hidup harap, saudara semsama Islam semua agar memelihara solatnya, InsyaAllah

No comments: