jom baca

Wednesday, April 25, 2012

TIPS AGAR ORANG TERTARIK DENGAN KITA




1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa.

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi Muhammad s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

8. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

9. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

10. Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

Sunday, April 15, 2012

ZIKIR YANG UTAMA


-ISTIGHFAR

an nur 24:31
dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH hai orang orang yang beriman  semoga kamu berjaya

hud 11:3
minta ampun kepada tuhanmu dengan beristigfar dan kembali kepadanya

at tahrim 66:8
hai orang orang yang beriman ,taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat yang ikhlas

abu hurairah r.a berkata saya telah mendengar rasullallah saw bersabda ,demi ALLAH sesungguhnya saya membaca istigfar dan taubat kepada ALLAH setiap hari lebih dari tujuh puluh kali -bukhari

al agharrbi yassar al muzani r.a berkata ,rasullallah saw bersabda ,hai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH dan istigfar kepadanya  maka sesungguh saya bertaubat setiap hari seratus kali -muslim

-SELAWAT

al ahzab 33:56
sesungguhnya ALLAH dan para malaikatnya berselawat atas nabi .hai orang beriman selawatlah atasnya dan ucaplah salam dengan salam yang sempurna

abdullah bin amr bin al as r.a meriwayatkan rasullallah saw bersabda ,barang siapa berselawat kepadaku dengan satu selawat nescaya ALLAH dan para malaikatnya berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat -muslim

rasullallah saw bersabda ,sesungguhnya selawat terhadap nabi saw termasuk yang memberatkan timbangan-muslim

-KALIMAH TAUHID  (la ilaha illallah muhammad ar rasullallah)

sabda nabi saw ,kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isinya di  letakkan pada satu piring timbangan sedang kalimah tauhid di letakkan pada sebelah lain ,nescaya kalimah tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi

dari abu hurairah r.a sabda nabi saw ,orang yang paling bahagia mendapat syafaatku di kiamat kelak ialah orang yang mengucapkan kalimah tauhid dengan ikhlas-bukhari

sabda nabi saw ,barang siapa mengucapkan kalimah tauhid dengan ikhlas dari hatinya nescaya ia masuk syurga

ALLAH swt berfirman dalam hadis qudsi  dari ali bin abi talib ,kalimah tauhid adalah benteng pertahananku ,barang siapa yang memasuki syurga ia aman dari siksaanku-hqr abu naim ibnu najjar ibnu asakir

dari muadz bin jabal nabi saw bersabda ,anak kunci syurga itu ialah itikad dan ikrar kalimah tauhid -al bazzar dan ahmad


teruskanlah kekal berzikir di dalam hati setiap masa 


wallah hualam


inshaallah ...

Saturday, April 14, 2012

SHAH RUKH KHAN DITAHAN DI AMERIKA




Bahtera Hidup nak buka sedikit kisah selebriti Bollywood, Shah Rukh Khan. Datuk Melaka ini dikisahkan telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika di Lapangan terbang.


India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.

Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.

Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.\

Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.

Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf "jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan."

Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.

Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.

Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.

Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.

"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.

Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.

6 SEBAB BERUNTUNGNYA WANITA PUNYAI RAHIM


Kedudukan wanita begitu mulia di sisi Allah. Wanita juga yang melahirkan kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah. Wanita juga yang melahirkan ulamak, doktor, pemimpin, cikgu, tukang kasut dan ramai lagi.


Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud:



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Setiap wanita dikurniakan rahim untuk mengandung zuriat mereka. Di sini, Bahtera Hidup nak kongsi keistimewaan wanita dan betapa beruntungnya mereka dianugerahkan rahim oleh Allah.

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 


2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 


3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.. 


4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung. 


5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 


6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.....

Thursday, April 12, 2012

100 TAHUN TRAGEDI TITANIC


WALAUPUN sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Pasifik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.
Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).
Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum.
Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini.
Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.
Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl.
Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya.
"Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya.
Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer.
Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati".
Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam.
Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan.
"Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini.
"Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya.
Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut.
"Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu.


TITANIC mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air. Sekiranya lebih daripada itu, ia akan tenggelam.




"Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya.
Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu.
"Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi.
Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.
Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
"Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya.
Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak.
"Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya.
"Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula.
Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut.
Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan.
"Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya.
Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut.
"Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore.
Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual.
"Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar.
"Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal.
"Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya.
Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu.
Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut.


Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal sehingga kini.




"Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman.
"Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912.
"Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi.
Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini.
Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut.

Tuesday, April 10, 2012

PENGAKUAN SEORANG LELAKI

Pengakuan Seorang Lelaki Yang Mencari Keredhaan Allah

Sudah begitu lama aku pendamkan.
Wahai wanita, wahai jelita, wahai pemilik tulang rusuk ku.
Aku tidak dapat menahan mataku daripada melihat kecantikan mu.
Aku tidak dapat menahan mataku daripada melihat keindahan rupa mu.
Aku tidak dapat menahan mataku daripada melihat keindahan yang ada pada dirimu.


Sesungguhnya  ALLAH telah jadikan dikau wahai wanita makhluk paling cantik dipandang mata, sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu.
Aku tidak dapat menahan diriku.



Wahai wanita.
Kau pemilik segala keindahan.
Kau tetap indah dalam apa jua keadaan.
Kau tetap cantik dalam apa jua keadaan.
Kau tetap 'sexy' dalam apa jua keadaan.
Maka dengan itu.
Ingin sekali diri ku yang hina ini merayu kepada mu.
Agar kau labuhkan lah tudung mu
Menutup bahagian lehermu, dadamu
Agar kau longgarkanlah pakaian mu
Menyembunyikan bentuk tubuh mu
Kerana pada kaulah wanita segala kacantikan.



Biarlah segala kecantikan yang ada padamu itu
Menjadi tatapan buat suami tercintamu
Kerana syurgamu terdapat pada suamimu
Maka taatilah suamimu wahai wanita
Jagalah aibmu hanya untuk suamimu
Jagalah keindahan, kecantikan, perawanmu hanya untuk suamimu


"Dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..." An Nur [24:31]


Wahai wanita.
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah
Yang menjaga auratnya daripada pandangan mata lelaki ajnabi
Yang akan menjadi perhiasan buat suaminya
Yang akan membantu kaum adam
Untuk menjaga iman mereka
Sayangilah mereka
Kerana pada salah satu daripada merekalah yang akan memimpin mu ke syurga firdaus


Kasihanilah mereka wahai jelita.
Benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga
Benarkan mereka merasai nikmat hidup di syurga dan dunia dengan aman.
Jagalah aurat mu.
Jagalah maruah mu.
Supaya tidak menyeksa kaum Adam


Sayangilah mereka
Kerana mereka juga Saudara seIslam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH.


Ku hanya mencari keredhaan ALLAH
Ku hanya ingin mencari keampunan daripada ALLAH.
Ku hanya ingin mencari kehidupan akhirat yang indah di mahligai jannah.
Ku hanya ingin dikau wahai wanita dan juga kaumku wahai kaum adam merasai nikmat syurga ALLAH bersama.


Ku hanya inginkan perubahan bersama.
Kejam bagi diriku melakukan perubahan keseorangan.
Janganlah kita bebankan lagi dosa kita.Begitu juga wahai kaum adam termasuk diri ku.


Jagalah pandangan mata kalian. Bukannya salah kaum hawa mahupun kaum Adam. ALLAH menguji hambaNya. Kawal lah nafsu.Kawal lah bisikan syaitan. Kawal lah diri. Jaga lah iman. Jaga lah hati.


Insyaallah


Sumber : iluvislam

Monday, April 9, 2012

BEZA ANTARA SUKA, SAYANG DAN CINTA...



Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dialakukan.”

Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.


Sumber:melvister.com 

Sunday, April 8, 2012

TAWAKAL: BELAJAR DARI KISAH SEMUT





Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut mengatakan yang ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.




Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya: "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan.. Sedangkan kamu pernah berkata hanya memerlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?".





Sang Semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu, Sang Semut tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat-cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu.. Kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?

PENGAJARANNYA:

Ertinya.. Semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding 'jaminan' manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermatyakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.. Dia mampu bertahan.. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan..

KESIMPULANNYA

Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut...
Jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki.. 
Bergantunglah kepada Allah..

Sebagai contoh: Ada pihak yang berkata..
"Saya jamin bekalan makanan dan simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun.."

Jangan terlalu yakin.. 
Sebaliknya..
Bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri..

 * Walaupun dari aspek pengajian yang kita akan lulus dengan cemerlang.. Jodoh yang mendatang dan rezeki yang kita akan terima.. 

Berikhtiar.. Berusahalah.. Bertawakal kepada Allah..
Jika tidak.. Kita akan dikecewakan..
Jadilah seperti semut...



Sumber:
Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd.Juoi, Telaga Biru..

5 SIFAT TERBURU-BURU YANG DIWAJIBKAN ISLAM


Dari Hatim Al-Asam : 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan , kecuali pada lima tempat' , maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW :

PERTAMA

Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu , WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan .

KEDUA

Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia , WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut .


KETIGA

Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang , WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya .

KEEMPAT

Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun , WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya .

KELIMA

Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT , WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya .

P/s :- Diharapkan boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk kehidupan kita yang akan datang . Insyallah . :) *Kalau ada jarum yang patah , jangan disimpan di dalam peti , kalau ada silap dan salah , jangan ikutkan entri . xD