Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut mengatakan yang ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya: "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan.. Sedangkan kamu pernah berkata hanya memerlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?".
Sang Semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu, Sang Semut tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat-cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu.. Kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?
PENGAJARANNYA:
Ertinya.. Semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding 'jaminan' manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermatyakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.. Dia mampu bertahan.. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan..
KESIMPULANNYA
Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut...
Jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki..
Bergantunglah kepada Allah..
Sebagai contoh: Ada pihak yang berkata..
"Saya jamin bekalan makanan dan simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun.."
Jangan terlalu yakin..
Sebaliknya..
Bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri..
* Walaupun dari aspek pengajian yang kita akan lulus dengan cemerlang.. Jodoh yang mendatang dan rezeki yang kita akan terima..
Berikhtiar.. Berusahalah.. Bertawakal kepada Allah..
Jika tidak.. Kita akan dikecewakan..
Jadilah seperti semut...
Sumber:
Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd.Juoi, Telaga Biru..
No comments:
Post a Comment