Assalamualaikum!
Saya nak sambung kembali kisah saya mengerjakan umrah. Maaf lah kerana lambat sambung cerita tu. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Ok! Kita sambung kisah umrah.
Rombongan kami tiba di Mekah jam 11 malam. hati saya berdebar-debar saat pertama kali nampak Masjidil Haram. tapi bas yang kami naiki tu, terus ke hotel terlebih dahulu. Selesai check-in di hotel, kami semua berjalan menuju ke masjidil Haram. Mulut ini tak henti-henti bertalbiah..
Setiap jemaah disunatkan untuk masuk ke Masjidil Haram melalui Babussalam. tapi kami tak dapat melalui pintu tersebut. jadi masuk melalui Pintu 45 saja. Saat melangkah dalam masjid, hati saya tak henti-henti berdebar. Apabila terpandang Kaabah, hati saya rasa sayu. Sunggh=uh bersyukur kerana diizankan Allah untuk sampai ke kiblat umat Islam ketika bersolat.
Kami memulakan tawaf umrah. Alhamdulillah jemaah tidak ramai. Boleh bertawaf dalam keadaan selesa. Selesai tawaf, mengerjakan solat sunat tawaf. Tiba-tiba rasa nak terkencing pula. Mutawwif kata tandas jauh diluar, tapi kalau boleh tahan, tahan dulu. saya pun kata ok. sempat juga bergambar di dalam masjid..
Ketika pusingan ke 5 saie, saya dah tak boleh tahan lagi, saya katakan pada mutawwif, dia kata pergilah, tapi nanti habiskan 2 pusingan san tunggu di Marwah. saya apa lagi. pecut lah ke tandas..hahaha
Saya pun sambung kembali Saie pusingan ke 6. Alhamdulillah, sampai di Safa, saya dapat sertai kembali jemaah saya tadi. kami selesai Umrah jam 2 pagi. dalam perjalanan balik ke Hotel saya dah niat nak botakkan kepala..tiba di kedai gunting, Haji Mazlan terus cakap pada Pakistan tu, Botak!!!
Saya duduk, rambut saya disyampu dan tukang gunting tu terus mengeluarkan pisau. Tak sampai 5minit, kepala saya licin....
Tiba di Hotel, perut dah lapar, kain ihram tak tukar lagi, makan dulu..Nasi Bukhari..bedal!!!
diam tak diam jam dah 330 pagi. Haji Mazlan kata, jangan tidur! Lepas mandi kita ke masjid. saya ok je..
Subuh pertama saya di Masjidil Haram sungguh bermakna. Haji Mazlan bawa saya bersolat di Multazam. antara tempat yang mustajab doa kita. Selesai solat, dia bawa saya menyelit dikalangan orang ramai untuk tengok Maqam Ibrahim. Kemudian terus ke Kaabah, menyentuh kelambu kaabah dan menciumnya..wangi!!! telah disapu dengan minyak attar
Hari pertama di Mekah, tiada program apa-apa. Acara bebas. jadi saya hanya berjalan-jalan sekitar hotel, tempah membeli belah pun boleh tahan juga banyaknya. Belilah serba sedikit untuk orang-orang Malaysia.
|
antara tempat beli-belah |
Hari kedua, kami di bawa ke Tan'im untuk berniat Umrah. ini merupakan umrah kedua. Dan kali ini umrah dilakukan sendirian tanpa pimpinan mutawwif. Tawaf ditengah-tengah terik mentari memang mengji saya. tapi itu bukanlah menjadi halangan. selesai tahallul, saya dan rakan jemaah Bahrain, pulang ke hotel. selepas mandi, rehat seketika.
Saya terfikir, kerja saya di tanah suci ni seperti hanya untuk ibadah. yalah, selesai solat atau umrah, balik hotel, akan tidur seketika. Bangun dari tidur, bersiap, dan terus ke Masjid. Begitulah rutin harian di Tanah Suci..
Alhamdulillah, hampir setiap waktu saya dapat bersolat di belakang Multazam. Untung juga jadi orang comel ni. senang menyelit disamping orang-orang Arab mahupun Iran. hahahaha.
Sebelah malam balik dari Masjid, Hj Mazlan ajak makan Kebab Istanbul, betul-betul di hadapan htel penginapan kami. Harga boleh tahan juga.bila hidangan sampai, mak aih..banyaknya..sampai muak kami makan berdua.
Hari ketiga, kami dibawa melawat sekitar tempat-tempat sejarah di Mekah. Dibawa ke Padang Arafah, Gua Tsur (tapi tengok dari bawah sajalah)
Selesai ziarah, kami dibawa ke Ja'ranah, salah satu tanah halal untuk berniat Umrah. kedudukan Ja'aranah 22km dari Mekah. sekali llagi Bahrain mengikuti saya untuk mengerjakan umrah. bagus juga, ada teman.
Jika di lihat pada waktu, mungkin tak sempat untuk selesaikan umrah sebelum waktu Zohor. jadi kami ambil keputusan untuk selesaikan tawaf dan kemudian tunggu waktu zohor.
Tapi Alhamdulillah, kami selesai saie 5minit sebelum zohor. selepas tahallul, azan pun berkumandang. Kami solat di Marwah saja.
|
Jabal Rahmah |
Alhamdulillah, saya banyak menghabiskan masa di masjid.Di tanah suci ni, kita seolah-olah menjadi lebih disiplin. Yalah, jika di Malaysia atau di mana-mana, azan berkumandang pun buat bodoh je. Lengah-lengahkan solat.
Tapi di Mekah ni, 1jam sebelum masuk waktu, dah berada di Masjid. Habis waktu solat pun, tidak terus balik ke hotel, malah duduk berehat di masjid dulu. Lagipun, selepas solat, setiap orang berpusu-pusu nak keluar dari masjid. Jadi baik saya duduk di Masjid dulu.
Kadang-kadang sampai tertidur di masjid. Walaupun ramai jemaah, tapi tetap rasa tenang. Dapat lihat gelagat jemaah dari Turki, Iran, Indonesia Afrika dan negara-negara.
Melalui pemerhatian saya, jemaah dari Turki paling ramai. Mengikut maklumat yang saya terima, kerajaan Turki membiayai kos jemaah mereka mengerjakan umrah. MasyaAllah, hebatnya.
Terfikir saya seketika, ketika zaman pemerintahan Kamal Artartuk, rakyat Turki tdiharamkan mengerjakan Haji dan Umrah. Mungkin juga ini adalah balasan kerajaan Turki kepada rakyatnya.
|
antara jemaah Turki |
saya rasa setakat ini dulu saya kongsi pengalaman ketika tiba di Mekah. InsyaAllah saya akan sambung lagi pada post yang akan datang.
bersambung.......