jom baca

Monday, April 25, 2011

KUCHING....HARI PERTAMA

Assalamualaikum!
Posting saya kali ini menyambung kembali kisah saya di Kuching. Dalam penerbangan, sepatutnya saya duduk bersama Hashim, tapi ada 2orang perempuan Cina (dari segi pakaiannya seperti penganut agama Budha, kira macam sami la) sudah duduk di sebelah saya. Salah seorangnya sepatutnya duduk di barisan kami. Tapi Hashim beralah dan duduk di tempat salah seorang perempuan tadi.
Apabila pramugari mengumumkan kakanan akan dijual sebentar lagi dan penumpang yang telah membuat pesanan online akan dilayan dahulu, 2 orang perempuan Cina sebelah saya ni pun mengeluarkan boarding pass mereka. Mereka memesan makanan vegetarian, maklumlah, penganut Budha tak makan daging..bau makanan tu menusuk hidung saya. Perut memang lapar, belum makan sejak pagi. Saya pun menjeling. Wah!! Nasi biryani dengan kari bebola kacang dhal..menyelerakan..tapi salah seorang perempuan tu tak jamah pun makanan tu. Apabila pramugari tiba, dia cuba minta tukar makanan. Tapi tak dapat. Sudahnya dia perlu membeli mee segera dalam cawan..
Apa yang terjadi dengan makanan yang dia pesan tu? Dia beri pada saya…hahahhaha. Pada awalnya saya menolak. Tapi perempuan di sebelah saya terus membuka meja hadapan saya dan terus meletakkan di meja tu. Dia beritahu saya, dia tak boleh makan makanan pedas kerana tak berapa sihat. Dan makanan tu telah dipesan secara online…saya pun tak dapat menolaknya dan perut saya pun sememangnya telah menjerit-jerit minta diisi.. makanan dah depan mata, bedal jelah..hahahaha

Tiba di Kuching
Kami tiba tepat jam 1.45 petang. Tunggu kak Dayang (tokey kek lapis) ambil dan dia terus bawa ke hotel. Kami berehat dan solat sebentar. Along sudah merungut kelaparan, jadi saya mereka makan di Kg Boyan. Nak ke Kg Boyan, kena naik penambang. Jadi mereka ada lah pengalaman..hahahaha.
Selesai makan, saya mereka berdua membeli-belah ole2 sekitar Waterfront…bukan main shopping mereka ni. Saya dah tak teruja sangat sebab baru saja balik dari Kuching bulan 10 lepas.
Selesai beli belah, saya call kak Dayang. Kak Dayang beritahu, kalau nak ke Pasar Satok, dia boleh hantar, kebetulan dia memang nak keluar. Jadi kami pun berjalan ke kedai kek Kak Dayang.


jual arnab macam ni je
Sampai di pasar Satok, sambung shopping lagi. Saja nak cari benda yang lain dari yang lain. Dari pengamatan saya, susunan gerai di pasar ni sungguh sistematik. Tak seperti pasar mingguan atau pasar malam atau uptown. Ada section. Bahagian  pakaian, bahagian sayuran, makanan semua diasingkan. Yang menariknya, ada jual binatang peliharaan di sini seperti arnab, kucing, ikan dan lain-lain.
Saya teruja bila berjumpa seorang sahabat saya dari semenanjung. Nak jumpa di KL memang susah. Pernah dia dating ke JB, tapi saya tak dapat jumpa dia. Akhirnya kami bertemu di pasar Satok..kelakar pula…
bertemu sahabat lama di Pasar Satok. dia tinggal di Kl. ada urusan kerja di Kuching
Dah puas tawar pasar Satok, kami pun semakin letih. Waktu hantar kami tadi, kak Dayang ada beritahu, kalau nak balik, call dia, dia boleh ambil. Tapi kerana tak mahu susahkan dia, kami ambil keputusan untuk naik teksi saja.
Tiba di hotel, mandi, solat dan rehat sekejap. Kemudian kami keluar makan sambil menikmati panorama malam di Waterfront…
Ingat kan sampai di Kuching ni tak mahu fikir tentang bisnes. Tapi kena juga bercerita dan bagi idea bisnes pada Hashim dan Along…hahaha…selesai makan, badan pun dah letih, kami pun balik. Esok nak bangun pagi untuk ke Sarikin. Itulah tujuan kami ke Sarawak ni..
Sampai sini saja posting saya kali ni. Esok saya akan sambung pengalaman saya di Sarikin

 

No comments: