Assalamualaikum!
Hari ini saya berangkat ke Kuching..tapi kalut juga sebelum berangkat..pagi tadi saya ke Pasir Gudang untuk berniaga..Penerbangan ke Kuching pada jam 12.45tengahari..jadi niaga lah dulu. cari duit tambah-tambah untuk ke Kuching. Saya rancang untuk balik awal dari Pasir Gudang. biasanya saya balik jam 10, tapi hari ini balik jam 9. tepat jam 9 pagi, saya bergerak balik. Kawan saya Along, juga ikut sama ke Kuching bergerak dengan keretanya..Saya plan nak cari mee rebus Haji Wahid untuk dibawa ke Kuching..Jadi, balik jam 9, dalam jam 10 sampai lah di rumah, dan jam 11 dah boleh sampai di airport.
1 jam tersangkut dalam kesesakan
tiba si Sri Alam, jalan mula jem..alamak!!! kalau Highway Pasir Gudang jammed, memang panjang gila lah..memang betul jangkaan saya. saya cuba cari jalan alternatif, ikut Jalan Masai Lama...jalan cantik, lancar..dan boleh nampak apa yang menyebabkan Lebuhranya Pasir Gudang sesak. Lori treler tersadai di tengah-tengah jalan, tayar pancit. Tapi, bila saya sampai di jalan Masai berhampiran simpang ke Permas Jaya, jalan jam juga..Arghhhh!!! waktu dah pukul 10pagi..gila lah..belum cari mee rebus lagi..
Apabila sampai di Giant Plentong, saya terus masuk semula ke Highway, dan keluar di Jalan Ros Merah untuk ke S'Mart. nak cari mee rebus..tapi hampa, bila gerai mee rebus tu baru nak buka. so belum siap. saya pun bergegas nak ke Larkin. tapi jalan pun jammed juga. jam dah hampir 11.00...nak kena cari juga mee rebus tu. tapi saya fikir, mesti tak sempat nak bergegas ke airport. Hashim pun dah call, bertanyakan di mana saya berada. saya pun membatalkan niat nak cari mee rebus tu. Bila hampir sampai di rumah, saya call Hashim, minta dia datang jemput saya. sampai di rumah, saya tukar pakaian, dan capai beg serta laptop. Kereta Hashim meluncur ke rumah Along. jam dah pukul 11.30.
Along masuk ke dalam kereta dan tunjukkan slip yang dia print. Alamak!!!! Flihgt jam 12.25..biasanya kaunter daftar masuk Air Asia tutup 45minit sebelum berlepas..Perjalanan ke Airport memakan masa 30 minit. Memang kerja gila..kami tawakal saja.
Tiba di Airport, kami terus berlari ke kaunter check-in...saya tanya petugas kaunter tu, "kak, dah tutup ke?". Dia jawab "Ye, dah tutup! mintak IC. Kenapa lambat?". Jalan jam la kak! sangkut 2jam dari Pasir Gudang." jawab ku
Alhamdulillah, kami sempat check-in, dan mula bergegas untuk boarding pula. Mujurlah belum boarding lagi..kira kami bernasib baik lah kerana kami sampai tepat pada waktunya..
Tepat jam 12.25, pesawat Air Asia AK 5842 berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai menuju ke Kuching...
Sampai di sini dulu post saya, nanti saya akan sambung certia apa yang terjadi dalam penerbangan tu..
Wasalam...
No comments:
Post a Comment