jom baca

Friday, April 22, 2011

KENANGAN UMRAH (1)

Assalamualaikum!
Mungkin agak terlewat kalau saya nak menceritakan pengalaman saya ketika mengerjakan Umrah. Namun saya ingin berkongsi sedikit kepada anda.
Saya berangkat mengerjakan umrah pasa 21 Februari hingga 9 Mac 2011, seorang diri. Ia merupakan antara Visa Umrah kumpulan pertama selepas musim Haji. Sepatutnya saya berangkat pada Disember 2010, namun Kerajaan Arab Saudi telah membekukan semua visa ke Tanah Suci.
Memang banyak rintangan dan dugaan untuk menjadi tetamu Allah ini. Kumpulan kami seramai 60orang jemaah dari Johor Bahru dan Kota Tinggi tiba di KLIA pada jam 12 tengahari. Penerbangan Saudi Arabian Airline jam 3petang terus ke Madinah telah ditunda ke jam 6petang...aduh mak...lambatnya...
Jadi lepas check in bagasi, duduk saja lah kat KLIA tu sambil berbual-bual dengan jemaah yang lain..antaranya abang Zainal dan isteri, dari Taman Pulai Indah...
duit Riyal belum tukar lagi..pergi tukar duit rm300, tapi money changer tak ada duit kecil..so hanya dapat tukar seratus lebih dan dapat SR200. tak apa lah..nanti boleh tukar di Madinah

sedang tunggu untuk boarding. terjumpa rakan lama dari kota tinggi. satu jemaah
 tepat jam 4.30, dah boleh check in..ramai juga jemaah dari travel agent lain seperti andalusia. kene tunggu lagi untuk boarding....
Sepanjang penerbangan agak membosankan..kami dijangka sampai jam 11malam waktu Madinah..tapi flight akan singgah di Riyadh untuk menurunkan penumpang..namun, apabila tiba di Riyadh jam 10 malam, semua penumpang diminta untuk meninggalkan pesawat. semua bagasi perlu diambil..
urusan imigresen agak sukar..mmg orang Arab ni banyak cekadak la..hahaha. nak cop pasport pun bole ambil masa hingga 10minit seorang..ada yang sampai setengah jam..suka-suka dia je nak nak pegi toilet time orang tengah tunggu pasport. selesai urusan imegresen, saya bergegas untuk check in semula untuk ke Madinah. 1jam juga lah penerbangan ke Madinah..dalam bergegas tu, ternampak pula kedai STC, Saudi Telecom Company..beli simkad arab..senang nak call Malaysia..saya tak ada roaming..takut bill melambung..hahahaa
memang kat Arab ni tak ada riba' beli SR25, dalam pun ada SR25...kalau kat Malaysia simpack RM10 dalam ada RM5 je...hhuhuuhuh.
selesai beli simkad tu..terus check in..makaih...lagi banyak cekadak nk lepaskan polis arab ni...kalo di Malaysia, apa yang dalam kocek kita semua kene keluarkan..kalau berbunyi juga gate tu, polis akan periksa badan kita..tapi kat arab ni, kita harus lepasi gate polis tu samapi tak berbunyi..kena tanggal kasut, tali pinggang..gila lah...
selesai semua, penerbangan jam 1 pagi. jam ditangan 12 pagi..bermakna 1 jam lagi...tunggu lagi..adoyai...memang banyak dugaan Allah untuk jadi tetamu Nya
kami tiba di lapangan terbang Madinah jam 2pagi (waktu Malaysia 9pagi kalau tak silap)..kalau diikutkan sama waktu kalau penerbangan terus ke jeddah, dan kemudian naik bas ke Madinah..sampai hotel je, cuaca sungguh sejuk..memang tak boleh tahan...saya pulak tak bawa sweeter...hotel tu begitu dekat degan masjid Nabawi, dalam 100 meter..
check in bilik, bersama 2 orang Pontian..tak tidur..dok berbual. Haji Mokhtar bercerita tentang ibadah umrah. dia dah banyak kali mengerjakan umrah...
jam 4 pagi, bersiap ke Masjid Nabawi. teman sebilik, Bahrain nak ke Masjid dengan baju Pagoda je...saya kata pakai lah cantik2. mana lah tau kita dapat ziarah Rasulullah. dia pun pakai jubah..
bila keluar je hotel..MasyaAllah...sejuk bukan main...saya pakai baju dua lapis pun masih tak boleh tahan.

Saat melangkah ke dalam Masjid Nabawi, saya terpegun dan terharu...tapi terlalu ramai orang. saya cuba nak cari tempat di saf depan, tapi dah penuh..hanya dapat lihat RAUDHAH dari jauh je...
Selesai solat Subuh, terus pulang ke hotel, untuk sarapan, dan ada lawatan ke perkuburan Baqi'...sampai di hotel, kedai-kedai jual jubah dah dibuka..apa lagi..oleh kerana sejuk, belilah sehelai serban. uhuhu..sempat shopping lagi tu.

selesai sarapan, semua jemaah dibawa ke perkuburan baqi', gunung Uhud, Masjid Quba (masjid pertama yang dibina Rasulullah) dan kilang mencetak Al-Quran. Di kilang al-quran ni, kita boleh membeli al-quran untuk diwakafkan...pelawat lelaki dibawa masuk ke tempat mencetak dan diberi senaskhah al-quran sebagai cenderahati...

Hari kedua, saya cuba juga untuk memasuki Raudhah. Datang awal ke Masjid. tapi memang tak ada tempat. namun saya berazam juga nak solat di sana..Alhamdulillah, lepas Solat Subuh, cuba juga untuk mencelah dan dapat bersolat sunat di Raudhah. Selepas solat Zohor, kami akan berangkat ke Mekah...tapi pagi tu selepas sarapan, saya shopping sekitar Madinah sorang-sorang..hahahaha..Beli jubah 2helai..beli kurma, dan belilah sikit-sikit untuk family dan keluarga..oh ye, baru sempat tukar duit Riyal..hahahaha...habis shopping, saya kembali ke Masjid Nabawi, untuk ziarah Wida'....Mengalir air mata saya ketika menziarahi Kekasih Allah....entah bilakah dapat berkunjung lagi ke sini..

Selesai solat Zohor, saya kembali ke hotel untuk makan tengahari, dan bersiap untuk berihram..kemudian akan berangkat ke Miqat Bir Ali untuk solat sunat ihram dan berniat ihram..
Kami berangkat ke Mekah setelah solat Asar....lebih kurang jam 4petang..dan dijangka sampai di Mekah jam 10 malam..

Saya rasa cukup dulu posting kali ini...nanti saya akan sambung kisah di Mekah dalam posting yang berikutnya...InsyaAllah

No comments: