jom baca

Monday, May 9, 2011

ALAHAI ANAK EMAK!!!

Baru semalam kita sambut hari ibu. banyak mesej-mesej ucapan untuk ibu tersayang. Tapi hari ini ada kisah yang saya lalui hampir secara langsung.

Pagi ini saya ada appointment di Sri Semarak bertemu seorang makcik yang hanya saya panggil Mak Haji. Dia tinggal bersama anaknya. Dia ada minta saya tengokkan masalah penyakitnya. Jadi saya setkan masa temujanji tu pada hari ini.

Sesampainya di rumahnya, saya dapati anak lelakinya sedang tidur di ruang tamu. Jadi saya pun duduk di kerui makan. Mak Haji duduk bersama saya. Saya pun tak endahkan anaknya yang sedang tidur tu.. Saya mulakan diagnose. Sebelum tu saya tanya serba sedikit simptom-simptom dan penyakit yang dihidapinya. Setelah dia beritahu, saya pun cuba periksa dan dapat kesan masalah yang dihadapinya. Sedang mecari ayat penawar, handphone anaknya berdering. Anaknya bangun dan menjawab panggilan tu. Habis berbual di handphone, dia terus ke dapur.

Selesai mendapatkan ayat penawar untuk Mak Haji, anaknya merapati saya dan bertanya, "abang ni Ustaz ke?". Saya jawab, "Bukan!". Kemudian saya maklumkan pada Mak Haji entang apa yang perlu dia lakukan untuk merawat diri sendiri. Mendengar perbualan saya dan Mak Haji, anaknya mencelah. Menceritakan masalah yang dihadapinya. Jadi saya pun bersetuju untuk membantu dan diagnose dia. Mak Haji ang agak uzur, berkata, kalau kerja tak tentu arah, ibadah tonggang langgang, macam mana nak berkat kerja!.

Tiba-tiba mereka dua beranak bertekak. Masing-masing meninggikan suara. Saya tergamam! Si anak ada meminta maaf kepada emaknya tapi dalam nada suara yang tinggi. Saya masih tergamam. hampir terlepas tasbih di tangan saya. Masing-masing mempertahankan hujah masing-masing.

Apa yang mendukacitakan saya, si anak sanggup mengherdik si ibu hingga menyuruhkan ibunya diam. si anak juga berkata dia bertanyakan soalan pada saya, bukan pada ibunya. Dari apa yang dicakapkan oleh Mak Haji, saya dapat rasakan apa masalah yang menimpa dua beranak ini. Penyakit yang dialami Mak Haji ada kaitan dengan tekanan dalam keluarganya sendiri. Manakala si anak pula, ada masalah rohani.  Saya pun diagnone si anak. Sangkaan saya betul.

Apa yang membuatkan saya rasa bersalah dan kurang selesa, apabila mereka terus bertekak. Saya agak simpati dengan ibu tua ini. Dan saya tak tahu bagai mana nak sampaikan punca masalah si anak. Saya takut dia ingat saya cuba nak mengajar dia dan saya seolah-olah bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya (tapi sejujurnya saya memang setuju dengan ibunya).

Jadi di sini saya cuba gunakan psikologi. Ya lah, Mak Haji menegur anaknya dihadapan saya dengan kasar dan ego si anak tinggi, jadi mungkin dia malu pada saya bila ibunya menceritakan keburukan anaknya di hadapan saya.

Jadi, saya pun bercerita sikit tentang rezeki, macam mana untuk dipermudahkan rezeki. Si anak mendengar dengan penuh minat. Kemudian barulah saya sentuh tentang punca masalah yaang di hadapi. Alhamdulillah si anak dapat menerima. Tapi si ibu pula mencelah dan berkata pada si anak. "Dengar apa dia cakap!". Belum sempat si ibu menghabiskan ayatnya, si anak mula membantah dan hampir terjadi lagi perbalahan. nasib saya cepat-cepat menukar tajuk perbualan.

Si anak juga ada bercerita dan bertanya tantang hubungannya dengan seorang wanita. Minta saya "tengokkan" adakah wanita itu benar-benar ikhlas menyayanginya. Dari cara dia bertanya, saya nampak air mukanya seperti inginkan jawapan yang segera dan indah. Saya cuba minta maklumat ringkas wanita tu, dia seperti keberatan. Si ibu pula mencelah, agak tidak setuju dengan pilihan anaknya itu atas sebab-sebab yang tak boleh saya nyatakan di sini. Hampir terjadi lagi pertengkaran. Mujur saya sempat mengawal keadaan dan cuba menarik minat si anak tentang persoalan yang dituju pada saya tadi.

Saya beritahu pada si anak agar kita berbincang perkara ini di lain hari atau dia menelefon saya. Sebab, jika saya ingin membantu dia waktu itu, agar sukar kerana adanya si ibu. Dan ketika si anak menghantar saya di muka pintu, kami sempat menyambung perbincangan tadi dan memberikan pandanga peribadi saya tentang masalahnya. Alhamdulillah dia seperti dapat menerima nasihat saya. Tpi tak tahu lah dalam hatinya kan.

Saya melangkah ke kereta dengan pelbagai persoalan dan perasaan. Saya agak kecewa dengan sikap si anak dengan mengherdik si ibu di hadapan saya sebagai tetamu. Saya simpati dengan si ibu walau pun si ibu juga meninggikan suara pada anaknya. Namu saya tahu jauh di sudut hati seorang ibu, walau siapa pun anaknya, dia tetap mengasihi anak itu.. Buat si anak, saya berharap dia dapat berubah untuk mendapat keredhaan Allah seterusnya mendapat rezeki yang berkat.

Apa yang terjadi hari ini banyak memberi pengajaran pada saya. Benarlah kata guru saya, Dr Aniza, pesakit itu sendiri akan "beri' ilmu pada kita.

bahtera hidup

No comments: