Hari ini ada kisah lucu yang saya nak kongsikan. Kejadian terjadi di Federal Highway. Tika itu saya dalam perjalanan dari Shah Alam menuju Tol Sungai Besi. Sebelum saya ke Shah Alam, saya singgah ke Selayang untuk membeli 10kotak botol kaca dan 2bundle botol plastik. Jadi kereta saya penuh dengan barang.
Kemudian saya makan tengahari dengan seorang rakan di Seksyen 26 Shah Alam. Selesai makan, saya memandu pula ke Seksyen 15 bertemu seorang lagi rakan yang baru buka kedai perabot. tepat jam 4 peteng saya minta diri kerana takut jalan sesak. Saya nak terus balik ke JB.
Tiba di Pantai Dalam, jalan mula sesak. Saya cuba untuk menghimpit ke kiri kerana untuk susur keluar untuk ke Sungai Besi. Hampir sampai di Midvalley, seorang polis trafik yang baru nak bergerak terpandang saya, kemudian menyuruh saya memberhentikan kereta. Saya pun berhenti di bahu jalan. dia berjalan ke arah saya dan saya menurunkan cermin kereta. Dia minta lesen dan bergerak ke belakang kereta. nak tengok apa yang saya bawa.
"Dari mana encik?" tanya polis tu sambil menyambut lesen memandu dari saya.
"Shah Alam! Ada appointment!" jawab saya. Kemudian saya beritahu saya singgah ke Selayang untuk beli botol-botol berkenaan.
Polis itu bertanya di mana saya tinggal, seusai melihat lesen memandu saya.
"Johor! Ni pun nak balik ke Johor." Sayab saya selamba.
"Nak balik Johor sekarang? Encik ni jual apa?" tanya polis tu
"Madu Tualang!" jawab saya
Polis itu agak berminat. Dia bertanya lagi tentang pasaran saya dan sama ada saya ada berniaga di MAHA 2010 lepas. Saya pun menunjukkan stiker MAHA yang masih tertampal di kereta saya. Sambil tu saya hulurkan kad perniagaan saya.
Polis itu meninjau di tempat duduk belakang kereta saya. Dia ternampak kotak yang berisi botol-botol madu.
"Boleh tengok madu tu?" tanya polis tu.
Saya pun mencapai sebotol dan menyerahkan pada dia. Dia bertanya lagi tentang madu, khasiat, kualiti dan macam-macam lagi. Saya pun berilah penerangan seperti saya berjual dan mempromosikan produk saya.
Kemudian, saya capai pula Madu Stixx dan menyerahkan padanya. Saya maklumkan padanya, ia lebih mudah untuk diminum.
"Berapa nak kira dengan saya semua ni?" Polis tu bertanya
"Encik nak beli ke?" saya menjawab dengan soalan
"Ya lah, nak try la produk awak ni."
"Oklah, encik! saya bagi diskaun kat encik. 2 barang ni saya jual RM20 dan saya bagi lagi 1 bungkus Madu Stixx." tawar saya
"Jadi, 3 barang RM30 lah?" tanya dia
"Ya!" jawab saya sambil mencapai beg plastik. Saya bungkuskan produk itu dan serahkan pada dia.
dia menyelitkan 3 keping not RM10 di bawah lesen saya, sambil akad "Saya beli dengan harga RM30, lebih kurang halal!"
Spontan saya pun menjawab "Saya jual dengan harga tersebut" hahahahahaha..
Kemudian Polis tu berkata lagi, "Saya bukan apa, takut awak bawa barang-barang yang terlarang. Dia juga bertanya lagi tentang madu dan di mana boleh dapatkan produk saya. Saya sempat juga beri beberapa tips padanya.
Polis tu pun menyuruh saya segera beredar dengan berkata "Saya tak mahu buang masa awak ni. Awak pun nak jalan jauh. Hati-hati memandu dan beri signal kalau nak bergerak nanti."
Dia pun mengucapkan terima kasih dan terus beredar. Saya hidupkan signal dan terus bergerak menuju tol Sungai Besi. Dalam perjalanan, saya ketawa sendiri bila teringatkan kejadian tu.
8 tahun saya berniaga, dan inilah pertama kali saya menjual di tepi jalan dan hanya dari dalam kereta....itu lah namanya rezeki...hahahahaha
bahtera hidup
No comments:
Post a Comment