jom baca

Sunday, May 8, 2011

BUAT IBU, EMAK,MAMA,UMMI,MOTHER,MUMMY

Hari ini merupakan hari ibu. Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada insan yang saya panggil IBU, insan yang saya panggil EMAK. Juga kepada makcik, kakak, adik, anak, dan teman-teman yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu. Sesungguhnya kalian cukup bertuah kerana dapat bergelar ibu. Bagi seorang lelaki, ibu adalah keutamaan daripada seorang isteri. Namun di kala ini, banyak anak lelaki lebih mengutamaakan isteri mereka daripada ibu mereka sendiri. Anak perempuan pula lebih mengutamaakan ibu daripada suami sendiri.

Saya pernah dengar segelintir orang berkata, anak perempuan tugasnya menjaga ibu waktu tua, manakala anak lelaki, beri nafkah buat ibu..Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Sepatutnya anak lelaki yang perlu menjaga seorang ibu, manakala anak perempuan perlu mengutamakan suaminya. Tapi lebih elok kita bergilir-gilir menjaga ibu kita, tidak kiralah anak lelaki atau perempuan. Malah jangan pula kita membezakan layanan kita antara ibu kandung dan ibu mertua...sesungguhnya, ibu mertua itu sudah menjadi ibu kita sendiri, hatta jika jodoh kita tidak berkekalan.

kalau anda perasan, begitu kuatnya makna perkataan IBU itu sendiri sehingga kita gunakan dalam ayat-ayat kita seharian, seperti:
  1. ibu pejabat
  2. ibu sawat
  3. ibu jari
  4. ibu roti
  5. ibu mie (jenama mee segera)
  6. ibu gula
banyak lagi perkataan IBU yang kita gunakan, hinggakan saya tak sempat fikirkan..jadi ia menunjukkan IBU itu satu benda yang besar, dan penting dalam hidup kita.

tak kiralah anda panggil ibu anda dengan panggilan IBU, EMAK, MAMA, UMMI, MOTHER, MUMMY atau apa pun yang bermaksud IBU, hargailah mereka dan sayangi mereka selagi hidup.

buat anda yang telah bergelar ibu, berusahalah menjadi ibu mithali, dan menjadi contoh kepada anak-anak kita kelak. Tahniah dari saya...

Akhir kata, bersyukur lah kerana kita dilahirkan di dunia dari seorang yang kita panggil IBU. Setiap manusia di dunia hanya memiliki seorang ibu...andainya dia tiada lagi, hilang lah insan yang paling menyayangi kita.....

1 comment:

sistemannissa said...

Idham,
Sejuk hati ibu di kampung kerana anaknya mengingati dan menghormati ibunya pada Hari Ibu dengan satu post dalam blognya.

Dr. Fatma Az-zahrah selalu mengingatkan anak-anak muridnya di dalam kelas-kelas ilmunya supaya kami menjaga dan melayan ibu-ibu kami dengan sebaik-baiknya. Katanya di negaranya anak-anak akan bergaduh antara satu sama lain kerana masing-masing hendak menjaga ibu.Di sini lain pula, anak-anak gaduh kerana masing-masing enggan menjaga ibu.

Tapi tak semua orang macam tu,kan? Ramai juga orang kita yang nak jaga ibu mereka. Harap-harap gitu lah.