jom baca

Tuesday, June 21, 2011

IDENTITI TAMAR JALIS TERBONGKAR



Anda tentu ingat lagi tentang novel misteri SIRI BERCAKAP DENGAN JIN. Bukan setakat novelnya saja yang misteri, malah penulisnya juga misteri. Siapa yang tak kenal dengan Tamar Jalis, namun, identitinya dirahsiakan hampir 30 tahun.
Kosmo! hari ini melaporkan yang identiti Tamar Jalis terbongkar dalam satu majlis anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak semalam. Beliau ialah Mohd Radzi Mahmud yang berusia 73 tahun. Beliau kini menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya dan beliau menyatakan 60% dari SBDJ ialah hasil pengalaman sebenar beliau dengan datuknya yang berasal dari Beruas, Perak.
Beliau berkata beliau merahsiakan identiti kerana menganggap SBDJ adalah satu karya biasa berbanding karyanya yang lain (Pak Radzi terlalu rendah diri, saya kenal ramai penulis berbakat yang banyak dipengaruhi penulisan Pak Radzi).

No comments: