jom baca

Thursday, June 16, 2011

KL GANGSTER: BOLEH LAH!!!


Maaf kerana dah beberapa hari tak update blog ni. Saya menghilangkan diri seketika. Tak tahu apa nak di kongsi kali ini, tapi nak cerita sedikit tentang filem yang hangat diperkatakan sekarang, KL GANGSTER

Semalam saya pergi menonton filem berkenaan. Sebenarnya tidak teruja sangat untuk menonton filem berkenaan. Oleh kerana tiada filem yang lain yang ditayang kan pada waktu itu, jadi saya ambil keputusan untuk menonton filem berkenaan.

Pada saya, filem tersebut "boleh tahan la". Untuk sekadar hiburan. Selain itu, ada kelainan dalam filem Melayu. Yalah, asyik filem lawak, seram, cinta...hinggakan ada Melayu-Melayu yang sering berkata, "aku tak suka tengok filem melayu, tak standard...sama saja"

Sejujurnya, saya seorang yang selektif untuk menonton filem di pawagam. Tidak kira filem apa, Inggeris, Melayu, Hindi, Cina, Tamil atau apa filem sekali pun. Saya ada 2 tujuan menonton sebuah fiem di pawagam. Untuk hiburan atau kajian sendiri. Kalau sekadar hiburan, saya hanya menonton tanpa berfikir apa-apa. Kalau untuk kajian sendiri, saya akan meneliti setiap watak, pengarahan, dan pelbagai lagi. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam hal-hal ini, cuma untuk kepuasan diri dan meneliti kelebihan dan kekurangan sesebuah filem.

Dalam KL Gangster, ada pembaharuan. Agak berbeza dari filem-filem atau drama terbitan Skop Production yang lain. Biasanya filem atau drama terbitan Skop terikat dengan skrip. Pelakon melontarkan dialog seolah-olah seperti membaca sebiki-sebiki ayat dalam teks skrip. Tapi ia tidak saja kesan dalam filem ini.

Tapi, apa yang menarik perhatian saya, lakonan Sofi Jikan lebih menonjol dari pelakon-pelakon utama. Penghayatan wataknya begitu baik sekali, dan pada saya, beliau berjaya menenggelamkan watak-watak utama. Saya rasa pihak Skop Production harus memberi peluang beliau mengarah..

Adegan pertarungan, juga boleh tahan. Tak perlulah kita nak bandingkan dengan filem-filem aksi luar. Tapi ada juga beberapa adegan pertarungan yang nampak kaku. Pelakon seolah-olah cuba menghafal gerakan.

Apa pun ia satu percubaan berani Syamsul Yusof dalam menampilkan pembaharuan dalam dunia filem Malaysia. lakonan beliau pun ada peningkatan. jika sebelum ini, saya perhatikan, lakonannya sama saja dalam semua filemnya, tapi ada sedikit peningkatan dalam filem beliau kali ini.

Itu saja lah pendapat peribadi saya tentang filem ini..kepada anda yang belum menonton, kunjungilah pawagam-pawagam berhampiran dan sokonglah filem tempatan..

No comments: