jom baca

Wednesday, November 30, 2011

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)


Kita sudah pun memasuki tahun baharu Hijrah. Banyak status di Facebook tentang tahun baharu Hijrah. Tapi kita jangan lupa juga tentang hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Bahtera Hidup nak kongsi tentang perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari tersebut

Perkara sunat boleh dilakukan 10 Muharram ( hari Asyura ) :

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya  pada tahun ini.
2.  Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.  Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, November 28, 2011

JOM BELI SECARA ONLINE-KLIK AJE






Minggu lepas Bahtera Hidup menghadiri kursus Membina Laman Web Bisnes (Lanjutan) di Kuala Terengganu. Kursus ini kesinambungan daripada kursus asas di Alaor Setar pada September lalu. Ia anjuran Kementerian Luar Bandar & Wilayah serta SIRIM Berhad.

Untuk Kursus lanjutan ini, peserta akan membina laman web perniagaan yang mana pelanggan boleh terus memesan produk yang mereka ingin beli terus di laman web berkenaan. Sama seperti lelong.my ataupun ebay.com. Ia dibangunkan oleh SIRIM. Kami peserta dan usahawan ni, hanya memasukkan maklumat produk. Tapi bukannya mudah nak buat laman web ini. Maklumlah, peserta bukanlah dikalangan orang-orang yang masih IT. Ada juga peserta-yang 'veteran'. Tekan 'enter' pun tak tau. Tapi hasil tunjuk ajar penceramah atau kami gelar mereka cikgu, dapat menghasilkan laman web yang menarik. Sekali pandang macam profesional yang membina laman web tersebut.

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah memberi tunjuk ajar sejak kursus asas lagi iaitu Puan Nurul Hawani, Puan Rahayu dan YM Raja Zurina.

Kepada anda, kalau nak beli produk-produk keluaran syarikat bahtera hidup iaitu Bahtera Yubalam, bolehlah  ke laman web www.myiks.com/yubalam. Kalau tak beli pun tak apa, hanya cukup sekadar jalan-jalan ke web itu.

Jom Singgah!!!!

MAKSUD LAGU AYAM DEN LAPEH


Anda semua pasti sering mendengar lagun Ayam Den Lapeh. Lagu yang biasa kita dengar versi dendangan Anita Sarawak. Seperti yang kita ketahui, lagu tersebut menggunakan bahasa Minangkabau.  Bahtera Hidup memang layan lagu ini. Kadang-kadang berkaraoke lagu ni. Kali ini Bahtera Hidup nak kongsi bersama anda maksud atau terjemahan lagu tersebut..


Ayam Den Lapeh (Ayam kulepas/terlepas)
Luruihlah jalan Paya Kumbuah (Luruslah jalan Paya Kumbuh)
Babelok jalan kayu jati (berbelok jalan Kayu Jati)
Dima ati indak karusuah (Bagaimana hati tidak kan
rusuh)
Ayam den lapeh ai ai (Ayam ku lepas ai ai )
 Ayam den lapeh (Ayam ku lepas)
Mendaki jalan Padang Sikek (Mendaki jalan * Padang
Sikek – ( nama tempat)
Basimpang jalan ka biaro (Bersimpan jalan ke
biara)
Di ma ati indak kamaupek (Bagaimana hati tidakkan
mengumpat)
Awak takicuah ai ai (Awak terkecoh ai ai ayam ku
lepas)
Ayam den lapeh
Sikucapang sikucapeh (Seekor capang seekor capik)
Sa ikua tabang sa ikua lapeh (seekor terbang, seekor
lepas)
Lapehlah juo nan karimbo ( lepaslah jua nan ke rimba)
Oilah malang juo (Oi lah malang jua)
Paga Ruyuang hai Batu Sangka (*Pagar Ruyung hai *Batu
Sangkar- Nama tempat)
Tampek bajalan urang baso (tempat berjalan orang basa) -
*basa atau baso ialah perkataan
minang yang bermaksud yang orang sopan)
Duduak tamanuang tiok sabanta (duduk termenung tiap sebentar) 
Oi takana juo ai ai (Oi terkenang jua ai ai
Ayam den lapeh Ayam ku lepas)

sumber:sini


Friday, November 18, 2011

PRODUK BAIK PUNYA!!!

ABM KOLAGEN doter LILY


Kali ini Bahtera Hidup nak kongsi salah satu prouduk baru. Ianya bukanlah produk keluaran syarikat Bahtera Hidup, tapi produk syarikat rakan Bahreta Hidup. Syarikat Bumiputra, ada sijil halal dan GMP. Mereka mengilang sendiri produk ini. Tidak seperti sesetengah produk lain, kebanyakannya OEM, iaitu mereka mengupah sesebuah kilang untuk mengilang produk mereka, seperti kebanyakan produk-produk kosmetik dan kopi pra campuran.


 Bahtera Hidup dah gunakan produk ini, alhamdulillah bagus!! Sambil-sambil itu, Bahtera Hidup tolong jualkan juga. Kira timbal balik sebenarnya. Mereka juga ada jual produk Bahtera Hidup, jadi tak salah kalau Bahtera Hidup jualkan produk mereka.


Jom kita tengok apa kelebihan produk ABM KOLAGEN ni.
Apakah KOLAGEN ABM?

ABM KOLAGEN adalah makanan suplemen yang diformulasikan khusus untuk melawan proses penuaan pada lelaki dan wanita. Formula ini bertindak dari dalam untuk memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Ianya juga secara berkesan dapat menghindar atau mengurangkan masalah otot-otot, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu untuk mencegah kanser.

Apa bahan yang terkandung dalam ABM KOLAGEN?

ABM KOLAGEN terdiri daripada 12 bahan yang asas yang digabungkan untuk menjadikan produk ini efektif

1. Marine Collagen - Asal New Zealand
2. Ekstrak Cendawan Agarigus Blazei Murill 
3. Ekstrak Acai Berry 
4. Ekstrak Acerolla Cherry 
5. Ekstrak Tomato
6. Ekstrak Green Tea 
7. Ekstrak Biji Anggur
8. Ekstrak Pueraria Mirifica 
9. Ekstrak Sarang Burung
10. Serbuk Pomengranate 
11. Serbuk Blackcurrent
12. Serbuk Madu 



Apa manfaat ABM KOLAGEN?


Kami menggunakan Marine Collagen dari New Zealand yang dikelaskan sebagai kolagen premium.
Cendawan Agarigus Blazeii Murill (ABM) adalah salah satu punca protien yang tertinggi dan sangat berguna untuk meningkatkan sistem imune untuk mencegah jangkitan dan kanser sel.
Kandungan Antioksidan Tinggi dari Acai Berry, Green Tea & Grape Seed.
Marine Collagen, Tomato, Madu dan Pueraria Mirifica secara klinikal terbukti untuk memperbaiki dan meningkatkan kecantikan kulit.



KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS


Apa kesan daripada pengambilan ABM KOLAGEN?

Berdasarkan pelbagai maklum balas pelanggan-pelanggan kami, dibawah ini adalah keputusan dan kesan daripada pengambilan produk kami dengan 1 - 2 sachet setiap hari.

1-2 minggu

o Kulit kering dan kusam akan mula sihat dan kelihatan bermaya
o Kurang merasa lelah
o Tinta hitam dan pigmentasi mula berkurangan

2-3 minggu

o Kulit menjadi tegang dan bercahaya
o Retak pada tumit kaki mula berkurangan
o Merasa lebih bertenaga
o Sakit sendi mula beransur pulih

3-4 minggu

o Rambut menjadi lebih lembut & bersinar
o Retak pada tumit kaki mula menghilang
o Kulit sihat dan kembali anjal
o Sakit pada oOtot dan sendi berkurangan secara signifikan
o Merasa sihat


Siapa yang sesuai menggunakan ABM KOLAGEN?

ABM KOLAGEN sesuai untuk lelaki dan wanita berumur 20-25 tahun dan ke atas sebab kolagen dalam tubuh kita mulai mengurang dari permulaan umur tersebut. Kami tidak mengesyorkan penggunaan ABM KOLAGEN untuk wanita yang hamil.

Bagaimana untuk mengambil ABM KOLAGEN?

Kami menyarankan 1-2 sachet setiap hari, 1 sachet sebelum makan pagi dan 1 sachet sebelum makan malam atau cukup dengan 1 sachet sehari selepas sarapan. Anda boleh terus tuangkan serbuk di mulut dan makan secara keseluruhan, minum air masak atau jus
sesudahnya. Rasa yang enak gabungan rasa delima dan blackcurrent.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
 Harga Sekotak Doter Lily ABM Collagen 15 sachets - RM59
Kos Poslaju - RM6 (Semenanjung Malaysia), RM9 (Sabah & Sarawak)

Jadi sesiapa berminat nak beli dan mencubanya, bolehlah hubungi Bahtera Hidup di sini atau sini. Penghantaran akan menggunakan SURE REACH COURIER

Apa lagi, tempah sekarang!!!

Wednesday, November 16, 2011

LAGU TERBARU!!!!

Bahtera Hidup nak kongsi lagu terbaru Bahtera Hidup. Maaflah jika rakaman kurang memuaskan. Sekadar untuk halwa telinga saja.. Lagu berjudul KALA RINDU.....jom dengar!!!

KALA RINDU

Di bawah ini lagu cover version Zubir Ali- DOA



AISHWARYA RAI LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

aishwarya rai story 2Selebriti terkenal Bollywood Aishwarya Rai melahirkan bayi perempuan pagi tadi di sebuah hospital di Mumbai.

Walaupun kehamilan bekas Ratu Dunia itu menjadi perhatian pelbagai pihak, berita kelahiran cahaya matanya itu tidak diberi liputan meluas oleh media India dan hanya tersebar melalui mesej Twitter suaminya, Abhishek Bachchan, juga pelakon Bollywood.

Sebelum ini, Persatuan Editor Penyiaran mengeluarkan memo kepada warga media agar tidak mensensasikan berita kelahiran bayi pelakon terkenal itu bagi menghormati keluarga Bachchan.

"Kini saya menjadi datuk kepada seorang bayi perempuan yang sungguh comel", tulis Amitabh Bachchan, antara pelakon paling diminti di India dan bapa mentua Aishwarya dalam blognya.

Aishwarya, 38, mendirikan rumah tangga dengan Abhishek, 36, pada 2007.

Kaki judi membuat pertaruhan berjuta-juta dolar tentang tarikh Aishwarya akan melahirkan anaknya dan ramai daripada mereka menjangka jelitawan itu akan bersalin pada  11 Nov (11/11/11).

Kini mereka bertaruh pula tentang nama bayi itu


Saturday, November 12, 2011

STATISTIK TENTANG UMAT ISLAM DI MALAYSIA


Berikut merupakan statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:



1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.


2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.


3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.


4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.


5. Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.


6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.


7. 80% remaja hari ini tidak pandai mengaji.


8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.


9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.


10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.


11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam.


12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.


13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.


14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur


15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak


16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.


17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.


18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.


19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.


20. Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.


21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.


Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman Islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"


Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,


Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?


Wallahua'alam.


#Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.

Friday, November 11, 2011

MITOS TENTANG MADU ASLI


Pengujian ini dilakukan untuk membuktikan tanggapan orang bahawa madu asli memiliki ciri-ciri tertentu, yang menjadi parameter sesebuah madu asli. Yang mana kalau disimpulkan padanya ada 8. Anggapan tersebut seperti berikut :
No
Anggapan
1.
Madu Asli tidak dikerumuni semut.
2.
Madu asli tidak tembus apabila dititiskan pada kertas surat khabar
3.
Mancis api tetap dapat menyala setelah dicelup madu asli.
4.
Rasa madu asli manis murni, tanpa ada rasa lain.
5.
Madu asli berwarna kuning tua.
6.
Madu asli akan mengkristal/masak bila dimasukkan dengan kuning telur
7.
Madu asli menyimpan gas atau udara
8
Madu asli tidak membeku bila dimasukkan dalam peti sejuk
.
 HASIL PENGUJIAN TERHADAP TANGGAPAN TERSEBUT

1. Anggapan pertama : Madu Asli Tidak Dikerumuni Semut.
Baik madu asli mahupun madu tidak asli sama-sama dikerumuni semut. Tetapi madu tidak asli yang dicampur dengan serbuk pahit ada kemungkinan tidak dimakan semut kerana unsur tersebut tidak disenangi semut sebagaimana madu asli yang makanan lebahnya dari hutan kayu yang pahit rasanya.

2. Anggapan kedua: Madu Asli Tidak Tembus Apabila Dititiskan pada Kertas Surat Khabar.
Tidak tembus apabila dititiskan pada kertas surat khabar tidak dapat dibuktikan secara mutlak merupakan ciri madu asli kerana madu asli yang agak cair boleh menembusi kertas tersebut walaupun sedikit saja (tingkat kepekatanyanya rendah).

3. Anggapan ketiga : Mancis Api Tetap Menyala Setelah Dicelup Madu Asli.
Bilah mancis api tetap  menyala setelah dicelupi madu asli sekalipun jarak waktu antara celupan (bilah mancis) dengan pembakaran agak lama . Tetapi madu tidak asli pada awal celupan mungkin masih dapat menyala namun setelah jarak waktu 1 jam atau lebih maka tidak mampu lagi untuk menyala.
Jadi kesimpulannya adalah apabila bilah mancis yang dicelup setelah berselang lebih dari 1 jam tapi masih dapat menyala bererti ianya madu asli. Namun jika berselang 1 jam atau lebih bilah mancis tidak dapat menyala maka boleh dipastikan madu campuran atau tidak asli.

4. Anggapan keempat : Madu Asli Berasa Manis
Kelima sampel madu asli memiliki rasa yang berbeza-beza, bergantung pada sumber makanan lebah atau nectar. Demikian pula madu tidak asli maka rasanya pun beraneka ragam sesuai dengan bahan campurnya.

5. Anggapan kelima : Madu Asli Berwarna Kuning Tua
Sebagaimana rasa madu asli , warnanya pun beragam sesuai dengan nectar atau sumber makanan yang dimakan lebah. Demikian pula warna madu tidak asli beragam warnanya sesuai dengan bahan yang diolah dan juga bahan campurnya.

6.Anggapan keenam Madu Asli Akan Mengkristal/Masak Jika Dicampur Kuning Telur
Semua sampel madu asli mengkristal berbiji-biji ketika dicampur dengan kuning telur. Madu tiruan tidak mengkristal sama sekali apabila dicampur kuning telur tetapi madu campuran juga boleh mengkristal.
Perlu anda ketahui bahwa pengkristalan kuning telur bukan jaminan madu asli karena madu campuranpun tetap mengkristal apabila dicampur dengan kuning telur.

7. Anggapan ketujuh : MAdu Asli Mengandung Gas (menggelembung pada botol plastik/bekas yang tertutup rapat.)
Dalam ujian kelima madu asli mahupun 4 dari 5 jenis madu campuran itu tetap mengelembung (mengandung gas) Dari sini dapat dilihat bahawa kandungan gas itu tidak dapat dijadikan penentu dalam menentukan madu asli karena madu tidak aslipun boleh mengandungi gas.
Dalam penyelidikannya Dra. Sri Amin Tarti dari Universiti Lambung Mangkurat menyatakan, gas yang terdapat pada madu itu boleh timbul kerana madu telah terfermentasi dengan mikrob penghasil gas.

8. Anggapan kelapan : Madu asli Tidak Akan Membeku Jika Disimpan Dalam Peti Ais.
Dari kelima sampel madu asli, empat sampel tidak membeku ketika disimpan dalam peti ais. Satu sampel yang lain sedikit membeku iaitu madu pohon aren /nira. Dan dari kelima sampel madu tidak asli maka semuanya membeku saat disimpan di peti sejuk.


D. KESIMPULAN
Dari pengujian terhadap lapan anggapan masyarakat umum terhadap keaslian madu maka dapat disimpulkan sebagai berikut :

1. Tidak tembus ketika dititiskan pada kertas surat khabar; tidak dikerumuni semut ; rasa yang manis,; warna kuning tua; serta terdapatnya gas atau udara tidak dapat dijadikan alat untk mengukur kemurnian atau keaslian madu.
2. Madu dapat dikatakan asli bila belerang bilah mancis api tetap dapat menyala setelah dicelup madu trsebut, meskipun jarak waktu yang lama. Apabila mancis api dapat menyala dalam jarak waktu yang sebentar kemudian tidak menyala dalam jarakwaktu yang lama maka bloleh diragukan keaslian madu tersebut.
3. Madu asli akan mengkristal apabila dicampur dengan kuning telur. Namun pengkristalan bukan jaminan aslinya suatu madu. Beberapa madu palsu atau campuran pun tetap mengkristal saat dicampur dengan kuning telur.
4. Madu asli tidak akan membeku saat disimpan di peti ais.

Disadur dan diterjemah dari Buku “Jeli Memilih Madu” terbitan Adicita Karya Nusa tahun 2005 ditulis oleh : M Sadyi Masun.