Kita sedia maklum, pelakon aksi Asia, Jackie Chan terkenal dengan aksi-aksi lagak ngeri atau stuntnya. Jadi, jom kita layan 10 stunt terbaik yang dipilih oleh Cinemasscare's
terbaik!!!
jom baca
Saturday, May 28, 2011
Friday, May 27, 2011
CUTI SEKOLAH, NASI MINYAK, MASUK JAWI
Wah!! Cuti sekolah dah pun bermula. Ramai rakan-rakan cikgu yang seronok sakan mengalahkan anak-anak murid mereka. Tapi, pernah juga mereka beritahu, sekolah saja yang cuti, tapi mereka tak cuti pun. hahahaha.
Bila datangnya musim cuti sekolah, bermakna jadual hujung minggu kita biasanya akan penuh. kad jemputan kahwin dah berderet. Tak kira yang jauh dan dekat. Jenuh juga nak 'salam keruk' dengan emak atau bapa pengantin nanti. Takkan nak hulur RM 1 je kan. Selain tu, kalau pengantin tu kawan kita, sudah tentu perlu diberi hadiah.
Memenuhi undangan jemputan kahwin adakalanya memeritkan. Mana tak nya, biasanya hidangan yang disajikan adalah nasi minyak. Kalau 1 hari tu ada 5 jemputan, tidakkah ia akan memeritkan perut kita? hahahaha
Tapi dewasa ini, ada kenduri kahwin yang menyediakan nasi putih sebagai alternatif. Saya pernah berbincang dengan bekas tunang saya, waktu majlis persandingan kami, menunya Nasi Ayam Penyet, maklumlah, menu ini agak popular sekarang tapi belum pernah dihidangkan dalam majlis perkahwinan. Tapi ianya hanya tinggal kenangan dan hanya angan-angan.
selain itu juga, waktu cuti sekolah ini jugalah waktu kanak-kanak lelaki akan melangkah ke alam dewasa. Mereka akan "disembelih" anu nya. Orang panggil Masuk Jawi
Kalau dulu, zaman-zaman saya mengambil masa yang agak lama juga nak sembuh. tapi kini, teknologi semakin canggih, dalam seminggu dah bole berlari. Tapi kene jaga pantang juga, takut bentan.
Apa-apa pun. saya masih tak tahu, kenapa dipanggil masuk jawi, ada sesiapa boleh terangkan pada saya.
Selamat bercuti!!
NAK TAHU APA YANG SAYA BUAT?
Hari ini nak cerita sikit pasal bisnes. Saya pernah cerita tentang Rezeki di tahan Polis Trafik. Jadi apakah pekerjaan saya?
Saya tak kerja. Cuma berniaga kecil-kecil sahaja. Cukuplah untuk hidup seorang Boleh bayar hutang rumah, kereta, utiliti lain, cukuplah!
Jadi apa yang saya jual?
orang selalu bertanya pada saya, adakah madu ini asli. Setakat ini Alhamdulillah, asli. Saya juga bukan mengambil melalui orang tengah. Kami mengambil terus dari hutan Sumatera. Syarikat saya juga antara pembekal madu tualang.
Madu keluaran syarikat saya ada 3 jenis, Gred A (tua), Gred B (Pertengahan) dan Gred C (muda)
Harga bagi setiap gted adalah berbeza
Saya tak kerja. Cuma berniaga kecil-kecil sahaja. Cukuplah untuk hidup seorang Boleh bayar hutang rumah, kereta, utiliti lain, cukuplah!
Jadi apa yang saya jual?
Sebenarnya, saya menjual Madu Lebah Tualang dengan jenama Yubalam
antara produk keluaran Bahtera Yubalam |
Madu keluaran syarikat saya ada 3 jenis, Gred A (tua), Gred B (Pertengahan) dan Gred C (muda)
Harga bagi setiap gted adalah berbeza
Madu gred A |
Madu Gred B |
Madu Gred C |
Harga untuk madu Gred A bagi berat 345gm adalah RM 32.00 manakala untun Gred B adalah RM 27.00 dan RM 23.00 untuk Gred C
Selain 345gm, terdapat juga dalam 1kg. Harga untuk gred A adalah RM 75.00, gred B RM 65.00 dan gred C, RM 55.00
Produk yang paling istimewa adalah Madu Stixx, iaitu madu asli dalam bentuk straw. Ia mudah untuk diminum.
Harga untuk setiap pek Madu Stixx adalah RM 14.00. Setiap pek mengandungi 20batang. Ianya merupakan 100% madu tualang dan paling murah di Malaysia.
Selain itu, sarikat saya juga ada membekal Madu Tualang sebara barrell. Jadi sesiapa yang berminat nak jual madu, saya boleh bekalkan.
Jika nak Madu Stixx dalam kuantiti yang banyak, kami boleh bekalkan tapi perlu ditempat lebih awal. dan untuk setiap 1000batang, akan diberi 50batang percuma.
Ada juga membekal dan menjual Beeswax iaitu lilin lebah. Biasanya lilin lebah ini digunakan untuk buat ubat resdung. Harga Rm65.00 sekilo. tapi kalau beli banyak boleh kurang lagi lah.
Jadi kalau nak info lebih, boleh tengok kat http://www.maduyubalam.co.cc/
ataupun kat facebook..wwww.facebook.com/maduyubalam
Sekarang ni ada promosi, kalau berminat nak beli, belanja pos adalah percuma. hantar guna pos laju atau courier. jadi untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya.
Thursday, May 19, 2011
NAK CERITA SIKIT PASAL NUR KASIH THE MOVIE
Hari ini tayangan pembukaan filem yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia iaitu Nur Kasih The Movie. Filem ini seperti yang ramai ketahui adalah kesinambungan kepada drama bersiri 26 episod.
Saya menonton persembahan pertama pada jam 12 tengahari tadi. Tak berapa ramai orang. Mungkin faktor hari bekerja. Tapi ramai juga awek-awek UTM yang hadir menonton. Promo filem ini di TV sememangnya bisa membuatkan saya teruja untuk menontonnya. Komen yang diberikan oleh media massa amat positif. Lebih-lebih lagi drama bersirinya dapat menarik 19juta penonton. Malah, episod akhir saja menarik 5juta penonton.
Dalam pawagam, hampir semua tempat duduk dipenuhi dengan kaum hawa. kalau ada lelaki pun datang menemani isteri atau pun awek. Saya seorang saja yang hadir seorang diri
Filem ini dimulakan dengan penceritaan oleh Dato' Rahim Razali yang membawa watak Aidil ketika usia 70-an.
Seperti yang kita ketahui, sinematografi dalam karya Kabir Bhatia memang mengagumkan. Masih mengekalkan lokasinya di Kampung terutama rumah Hajjah Khadijah dan juga di Jordan. Sememangnya filem ini menyentuh emosi penonton. Namun saya perhatikan, banyak watak-watak dalam drama, tiada dalam filem ini seperti keluarga Nur Amina. Namun, itu tidak mencacatkan plot cerita ini. Filem ini lebih menumpukan kepada 3 watak utama, Aidil, Adam dan juga Nur. Bagaimana mereka mengharungi ujian Allah.
Apa yang menyentuh hati saya, bagaimana Aidil menghadapi kehidupan sebagai bapa tunggal setelah kematian isternya dalam 1 kemalangan. Kesengsaraannya tika ia mengimbau kembali saat manis bersama Aliyah dan anak-anak. Sememangnya ia cukup menyentuh hati, sedang pula perasaan saya waktu ini masih berdukacita.
Aidil mempunyai sepasang cahaya mata. Manakala Adam dan Nur masih lagi berusaha. Di awal-awal cerita, nampak kegembiraan ketika Nur menyampaikan berita kehamilannya. Tapi kegembiraan itu hanya seketika. Ujian merapati kembali pasangan itu dia mana Nur keguguran. Ini membawa mereka ke Tanah Suci dan kemudian bercuti di Jordan. Di sinilah bermula konflik yang sebenar. Mereka terlibat dalam kemalangan keretapi. Adam yang kaget melihat istrinya terbujur kaku, berdoa kehadrat Ilahi agar tidak mengambil nyawa isterinya tika itu, tapi sanggup berserah apa saja. Tatkala mendengar suara Nur memanggil namanya, dia segera mendakap isterinya.
Di Hotel, apabila mendapati cincin pernikahan mereka tiada di jari Nur. Adam kembali ke kawasan kemalangan untuk mencari cincin itu. Ribut pasir datang melanda, dan Adam hilang. Nur berusaha mencari suaminya, dan hadir Aidil di bumi Jordan membantu adik iparnya. Mereka dapat menemui Adam yang telah diselamatkan oleh penduduk di situ.
Di Tanah air, Adam didapati menghidapi masalah jantung akibat dari kesan kecederaan ketika menjadi tebusan dalam pengeboman di Mumbai (ikuti drama bersiri). Dalam keadaan putus harapan, isterinya memberi semangat bahawa waris mereka akan hadir melihat dunia. adam perlu dibedah jika ada penderma. Dalam hidup yang penuh ujian, mereka tabah menghadapinya hinggakan terpaksa pulang ke kampung.
Sebelum terlupa, Adam dan Nur mengendalikan kelab anak-anak dan remaja di mana mereka membimbing remaja-remaja yang hilang arah ke jalan yang benar selain terus menguruskan firma arkitek milik mereka. Salah seorang remaja yang mereka bentuk, Mamat semakin dekat dengan agama. Namun, tatkala Adam menderita sakit, Aidil mengambil alih tugas mengajar anak-anak berkenaan.
Ketika Adam sedang bergelut dengan penyakitnya dan hampir di ambang maut, Aidil pula menghadapi konflik dengan seorang remaja lakonan Shafie Naswip. Aidil dibelasah, dan datang Mamat membantu. Mamat akhirnya terbunuh setelah dibelasah oleh Shafie.
Penonton tertanya-tanya apakah nasib Adam. Setibanya di hospital, Aidil memberitahu Nur, bahawa sudah ada penderma untuk Adam. Begitulah sedikit kisah filem ini. Jika anda nak tahu kesudahannya, pergilah menonton di pawagam.
Selebihnya, sebagai penonton, saya perhatikan semua penonton di pawagam, begitu khusyuk menantikan setiap babak yang akan hadir seterusnya. Tapi, plot-plotnya agak pendek. Mungkin kerana mengejar masa atau lebih tepat, ianya telah dihimpunkan dalam sebuah filem, tidak seperti dalam drama.
Runut bunyinya juga tidak mengecewakan. Solekan setiap pelakon nampak begitu jelas, hinggakan boleh kelihatan dalam beberapa babak. Apa yang boleh saya katakan di sini, filem ini menjawab segala persoalan penonton dalam apa yang dipaparkan di TV dan membawa mesej kasih sayang yang cukup tinggi. Selain itu juga, sebagai hambaNya, kita perlu tabah dan beersabar dengan setiap dugaan yang terlah diturunkan pada kita.
Saya juga tersentuh dengan watak Hajjah Khadijah lakonan Liza Othman. Watak seorang ibu yang cukup tenang menghadapi setiap ujian menimpa dirinya dan anak-anak. Setiap anak mahupun ibu yang nenonton filem ini pasti akan tersentuh dan dapat merasai perit jerih kehidupan seorang ibu.
Keseluruhan filem ini memuaskan. Cuma mungkin agak lembab sedikit. Tapi ia pasti akan memainkan emosi anda hingga ke akhir filem. Nasib baik juga saya bijak mengawal emosi, maklumlah, jiwa ini pun sedang kacau. Jadi, bawalah keluarga anda menonton filem ini. Dalami setiap mesej yang cuba disampaikan penulis.
Sekian
Bahtera Hidup
Wednesday, May 18, 2011
CADAR YANG STYLE DAN COOL
Apa kata kita cuba tukar cadar kat tempat tidur kita dengan cadar seperti ini? Mesti cool…Tapi kat mana boleh beli cadar ni ye? hahahahahaaha
TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH DENGAN KERETA
Aku nak berkongsi TIPs berkereta perjalanan jauh, apa perlu bawak, paling penting TALI sekadar 6-5 meter paling mustahak,torchlight, spanner size mm8,10,12,14,17,19, plier, screw driver bintang dan pipih, pipe1 inchi sekadar3 kaki tujuan nya kalau korang tak tahu apa2 nak repair masa tergendala tengah jalan mesti ada hamba Allah akan berenti cuba nak menolong, paling tidak pun boleh guna TALI untuk menunda ketempat2 yang paling selamat dekat dengan kediaman ORANG, kalau korang hanya ada 2 BUTIR tu jah, tak dapat orang nak nolong, jangan lah EGO sangat................malang tak berbau, biar pun korang BANGSA elit sekali pun.
Tali paling mustahak la, jika kereta korang mampu rosak tengah hutan jauh pada oang, korang berkeluarga pulak, tengah panas ok lagi kalau malam, kadang ada orang berenti nak menolong sekurang2 dia tanya ada tali tak untuk tunda.
Sebelum aku terlupa, tuala tebal yang tak pakai bawa bersama, bila engine korang over heat jangan suka2 buka cap radiator, tutup dulu dengan tuala biar tebal2 atas cap tekan dengan kuat dan pusing lawan jam separuh jah biar keluar wap habis dulu jangan lepas, dah pasti wap dah habis buka terus cap nya, kalau korang buka macam tu jah, jawab nya muka korang bertukal color lah, satu lagi guna kaedah dengan jolok dengan pipe yang korang bawak tuh, duduk jauh sikit, cara nya sama jolok pusing separuh keluarkan wap nya dulu, tunggu hingga engine separuh SEJUK, taruk lah kalau nak tanbah air, itu kalau engine dah kering air.
Satu lagi jangan panik kalau terbau asap wayar terbakar, kalau sikit berenti mati kan engine, check mana punca nya, kalau tak dapat nak kesan dan semakin kuat, tanggalkan mana satu penyambung kepala bateri untuk memutuskan punca arus elektri, kalau tak boleh dan terdesak kupil kan atau pukul dengan kuat biar putus guna pipe yang korang bawak, jangan sesekali panik tak MELETUP pun, yang meletup tu dah terbakar kuat, korang sayang bateri ke atau nyawa atau habis terbakar habis semua sekali.
Tujuan sepanner2 tadi, bukan nak suruh korang baiki sendiri, kalau korang tak pandai pun, dalam banyak2 lalu lalang tu ada orang yang tahu sikit sebanyak pasal baiki kereta cuba nak nolong.
Hanya satu jah, jangan hidung tinggi sangat masa kesusahan kereta rosak tu, biar pun korang KAYA pun, masa ni korang sangat perlu pertolongan orang, kalau korang ada duit lebih masa ni…..jangan berat tangan, kalau takde takpe, orang yang nolong tu dah ikhlas.
Perkongsian tips ini akau harap bermunafaat, W
Tuesday, May 17, 2011
KRONOLOGI KEDATANGAN YAHUDI DI BUMI PALESTIN
1882-1904
1897
Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.
1904-1914
Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.
1917
2 November, Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.
Lord Arthur James Balfour
1918
9 Disember, Tentera British menjajah Palestin.
1920
24 April, Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.
1936-39
Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.
1947
29 November, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melaluiJawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.
1948
9 April, Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagaikumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan BaitulMaqdis.
14 Mei, Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara Israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel.
1949
Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalamkeadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.
1967
5 Jun, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.
LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU KEPADA CIKGU, USTAZ, USTAZAH, LAOSHI, SIFU, TEACHER
Assalamualaikum,
Hari ini kita menyambut Hari Guru.Tema Hari Guru tahun ini adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Walaupun tiada cuti umum, tapi kita tetap meraikannya. Setiap umat manusia di muka bumi ini pasti ada guru mereka, tak kiralah sama ada mereka itu pergi sekolah atau tidak.
Kalau nak cerita tentang guru ataupun selalu kita sebut cikgu, dalam hidup saya dikelilingi cikgu. Abang saya sendiri seorang ustaz, isterinya juga cikgu. Sepupu-sepupu saya juga cikgu/ustaz/zah. Hampir 80% kawan-kawan saya adalah cikgu. Pernah satu ketika saya sms ucapan hari guru kepada kawan-kawan saya, hampir separuh dalam senarai phonebook saya..
Cikgu adalah satu pekerjaan yang cukup mulia. Jika ada pepatah mengatakan Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi, tapi saya kurang bersetuju. Sebenarnya guru adalah matahari, ia menerangi seluruh alam ini dengan kemampuannya. Jika dahulu (zaman sebelum dan awal-awal kemerdekaan) kerjaya cikgu ini cukup hebat. Sesiapa saja yang jadi cikgu, satu kampung akan hormat. Ramai orang tua kampung berkenan untuk bermenantukan cikgu.
Dahulu juga, cikgu merupakan salah satu insan yang penting selepas ibubapa. Cikgu diberi hak untuk mendidik anak mereka, malah boleh dipukul bantai. Jika mengadu kepada ibubapa, kena bantai lagi dengan ibubapa. Begitu hormatnya orang dahulu dengan cikgu.
Tapi kini kerjaya guru/cikgu hanya sekadar mengajar anak-anak belajar. Dan kadang kala, ianya diletakkan sepenuhnya di bahu cikgu itu sendiri. Kalau anak tu tak pandai, nakal, ada ibubapa akan menyalahkan cikgu. Jika anak melakukan kesalahan di sekolah dan dipukul cikgu, ibubapa akan saman di mahkamah.
Namun ada juga cikgu yang salah, mungkin mereka bertindak mengikut emosi. Tapi jika difikirkan semula, mereka berkerja berhadapan dengan karenah anak-anak zaman sekarang yang boleh dikatakan agak sukar dibentuk. Mungkin kerana faktor pemakanan zaman sekarang agaknya. Saya sendiri dapat lihat kanak-kanak sekeliling saya zaman ini agak berbeza dengan kanak-kanak zaman saya dulu.
Kadang kala saya terfikir, kerjaya sebagai guru zaman ini hanyalah sebagai kerjaya terakhir bagi seseorang. Jika dahulu, seorang yang ingin menjadi cikgu untuk mendidik anak bangsa. Tapi kini, seolah-olah mereka hanya nak bekerja di sektor awan. Masa depan terjamin kata mereka. Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana sebelum mereka memohon KPLI, selepas graduasi, mereka memilih untuk bekerja di sektor swasta dengan harapan dapat gaji yang lumayan. ada juga yang berkeja dengan sektor awam, tapi status jawatan kontrak. jadi pilihan terakhir, mohon KLPI. Ada sesetengahnya, memohon hampir 5 kali, barulah diterima. Namun apa yang saya ceritakan di sini, hanya berlaku pada segelintir cikgu-cikgu sahaja. Bukan semua cikgu lepasan KLPI atau Diploma Pendidikan bersikap demikian.
Sebenarnya, saya agak simpati dengan kerjaya seorang guru ini. pada anda yang bukan cikgu, mungkin anda berfikir, kerjaya ini, banyak cuti, kerja tidak mengikut waktu pejabat, jam 2 dah boleh berehat di rumah. Tapi sebenarnya, seorang guru semakin terbeban sekarang. banyak tugas-tugas yang tak sepatutnya mereka lakukan, terpaksa mereka lakukan. Hinggakan ada masanya, terpaksa menyelesaikannya di rumah.
Tapi apa yang istimewanya dengan kerjaya cikgu ini, gelaran cikgu akan kekal hingga akhir hayatnya. Ada orang berbangga kerjaya sebagai peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya. Tapi kita perasan atau tidak, tak pernah pula masyarakat menganggil seorang peguam itu dengan gelaran peguam, contohnya orang itu bernama Ali, orang ramai tidak memanggil beliau dengan gelaran PEGUAM ALI, atau ARKITEK ALI, atau JURUTERA ALI. Tapi, jika Ali seorang guru, orang pasti akan memanggil beliau CIKGU ALI. Begitulah istimewanya kerjaya ini. Saya rasa, sepatutnya kita mengangkat kerjaya ini setanding dengan profesion lain dan mempuyai gelaran sendiri seperti Doktor (DR). Maksud saya, jika dalam surat menyurat, atau apa-apa majlis rasmi, jika seorang doktor akan digelar DR, contohnya DR ALI, tak salah rasanya jika seorang cikgu diletakkan gelaran CG ALI.(maksudnya Cikgu Ali). Apa padangan anda tentang perkara ini?
Berbalik pada kisah cikgu dalam hidup saya, perkara yang paling unik adalah, semua cikgu kelas saya adalah wanita. dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Apa khabar agaknya cikgu-cikgu berkenaan. Berikut saya senaraikan nama-nama cikgu kelas saya:
- Cikgu Rubiah (tahun 1 )
- Cikgu Lee (tahun 2,ajar english)
- Cikgu Zubaidah ( cikgu ni sepupu jiran saya, jadi tahun tu dia kahwin, saya yang kecohkan..haha)
- Cikgu Norshahidah (waktu tu masih anak dara, tapi dia punya garang, mak aih..)
- Cikgu Cheng (cikgu ni memang cun walaupun dah kahwen. setiap hari jumaat dia pakai kebaya)
- Cikgu Delly (cikgu ni melayu, tapi nama penuh dia pelik sikit, ajar English dan seni)
- Ustazah Badariah (ustazah yang kena ajar pend seni juga. last saya jumpa dia 12 tahun lalu)
- Ustazah Sariah (orang kampung saya, mengajar Sorof)
- Ustazah Ainon (lupa pula apa yang dia ajar tapi bahasa arab la, hahahah)
- Cikgu Paravathy (cikgu ni ajar math. saya duduk depan meja dia, bila buat latihan, saya pinjam buku budak cina..hahaha)
- Cikgu Aida (pas kahwin dia ikut suami dia ke UK, sambung study, badan baik ni..hahaha)
Inilah antara cikgu-cikgu yang pernah menjadi guru kelas saya. Di mana mereka sekarang, tak tahu lah. Memang sudah ada yang pencen, menjaga cucu. Ada juga yang masih berkhidmat mendidik anak-anak bangsanya. Ada juga yang telah naik pangkat jadi pensyarah atau berkhidmat di JPN.
Pernah orang bertanya kepada saya, "awak ni cikgu ke?" Kadang-kadang saya pelik, adakah karektor saya seperti seorang cikgu. Kalau orang yang saya baru kenal dan mungkin tak akan bertemu lagi, saya jawab iya..hahaaha
Pernah juga saya dipanggil cikgu oleh bekas murid rakan saya yang merupakan seorang cikgu. waktu kami sedang "ngeteh", datang bekas muridnya. sampil berbual, budak berkenaan memanggil saya cikgu. Pada mulanya saya tak perasan. Saya sangkakan dia memanggil rakan saya, bila saya menoleh ke arahnya, dia bertanya soalan kepada saya.
Itu bukanlah satu-satunya kisah saya dipanggil "cikgu". Ada lagi kisah lain, tapi tak perlulah saya nak ceritakan di sini. nanti jemu pula anda membacanya.
Rasanya sudah panjang saya menaip. jadi kesimpulannya, sejauh mana pun kita melangkah, sehebat mana pun kerjaya kita, ingatlah pada cikgu yang mula-mula mengenalkan kita dengan huruf ABC, 123, alif, ba, ta. Apatah lagi dengan ilmu-ilmu yang lebih berguna selepas itu.
Kepada warga-warga pendidik di luar sana, berbaktilah dengan penuh keikhlasan, dan bukan bekerja kerana nak kerja tetap dengan gomen saja..hahahah. Ingatlah, ilmu yang anda curahkan itu, jika diamalkan dan terus diamalkan di jalan yang baik, pahalanya akan terus anda peroleh walaupun jasad anda dimamah bumi.
Akhir kalam, SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya. Juga kepada semua kaum keluarga saya dan rakan-rakan saya yang tanpa penat lelah mendidik anak bangsa bergelar......
CIKGU
TERIMA KASIH CIKGU!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)